Undi awal PRK Teluk Intan bermula
- Warga polis Teluk Intan mula beratur untuk membuang undi awal pagi ini. - Foto ihsan Facebook Polis Perak
TELUK INTAN - Pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk
Intan yang melibatkan 410 pengundi berdaftar di Dewan Serbaguna Ibu
Pejabat Polis Daerah Hilir Perak bermula jam 8 pagi ini.
Proses pengundian itu yang kebanyakannya melibatkan anggota polis dan keluarga mereka akan berakhir 5 petang ini.
Mereka merupakan antara 60,349 pemilih berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini.
Daripada 60,349 pengundi itu, sebanyak 23,301 merupakan pengundi Melayu, 25,310 pengundi Cina manakala pengundi India pula 11,468 orang.
Pengundian biasa akan diadakan pada Sabtu ini.
PRK ini menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment