19/06/14
Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat tiba di tanah air ..
Kenyataan media ringkas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanahair pada petang ini setelah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.
Walaupun kesihatan beliau sudah
bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor
perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu
tempoh masa yang tertentu.
Sehubungan dengan itu juga, adalah
diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya
dapat memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk pulih sepenuhnya
sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap
program parti dan masyarakat.
Sekian. Harap maklum.
DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Jun 2014
1 orang berkata:
kate spade outlet online
kate spade handbags
polo ralph lauren outlet
canada goose jackets
oakley sunglasses for men
canada goose outlet
uggs canada
pandora charms outlet
ralph lauren polo
ed hardy outlet
chenminghui20180327
Post a Comment