Adun PKR Cadang Khalid Ibrahim Letak Jawatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafiei berkata Tan Sri Khalid Ibrahim sewajarnya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.Menurut Suhaimi, tidak dinafikan Khalid mempunyai asas kepimpinan yang baik namun beliau juga perlu mengambil kira pandangan daripada partinya sendiri yang tidak gembira jika beliau terus memegang jawatan tersebut.“Pertukaran Menteri Besar Selangor perlu bagi terus mendapatkan sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang.“Kita memerlukan pemimpin baru yang dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.Tambah Suhaimi yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), kurangnya sokongan daripada rakyat juga adalah sebagai isyarat untuk beliau menyerahkan jawatannya kepada pemimpin yang lebih berwibawa.“Jika kita lihat, ramai anggota dalam parti kita (PKR) juga sudah tidak gembira.“Kekalahan Khalid mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dilihat sebagai penanda aras untuk Khalid berundur,” jelasnya.Khalid tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam sekali gus gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan semula parti itu Sabtu lalu.Manickavasagam memperoleh majoriti sebanyak 186 undi selepas mendapat 701 undi berbanding Khalid yang memperoleh 515 undi. -FMT-
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Kajang move sudah gagal. PKNS move pun sudah gagal. Maka tindakan terakhir, Khalid Ibrahim MOVE.. move move move dari jawatan menteri besar di Selangor..
KAH KAH KAH
Maka bergaduh-gaduh la mereka angkara KERUSI menteri besar..
Macam best jer drama dorang.. boleh UMNO buat lauk.
KAH KAH KAH
Kbai.
3 orang berkata:
UMNO sangat seronok dgn kekecohan PKR. Tapi UMNO perlu sedar tak boleh ambil Selangor atas kelemahan musuh binalah kekuatan sendiri.
Ini la politik boddo PKR... ditambah pulak campurtangan Cina DAP & sebahagian 'taik ayam' PAS! Ada kuasa sikit dah bergaduh. Hebat permainan Azmin ngan Cina DAP & 'taik ayam' PAS ni. Harap Mursyidul Am PAS campurtangan dlm hal ni. Nak harap Presiden.. menantu@anak hantu@ayam dah naik tocang!
MB selangor serah ja pd PAS.
Post a Comment