Wednesday, June 25, 2014
Lain Macam Jer Suara Che Det Ni?
Kesetiaan polis, tentera terhadap kerajaan jaminan kejayaan demokrasi, kata Dr Mahathir
OLEH MD IZWAN
Published: 25 June 2014
Tun Dr Mahathir
Mohamad berkata demokrasi tidak akan berjaya tanpa kesetiaan institusi
pentadbiran terhadap kerajaan, khususnya polis dan tentera sebagai
penjaga keselamatan negara.
Bekas perdana
menteri itu berkata mereka berhak memilih pemerintah, tetapi kesetiaan
mereka terletak kepada kerajaan yang dipilih secara majoriti.
"Pada waktu pilihan raya anggota pemerintahan bebas untuk mengundi sesiapa sahaja.
"Tetapi setelah
kerajaan didirikan oleh parti yang menang, anggota pemerintahan
hendaklah setia kepada kerajaan pilihan rakyat," katanya dalam tulisan
di blog Chedet.cc.
Dr Mahathir berkata, syarat tersebut juga perlu dipatuhi oleh polis dan tentera.
"Syarat ini dikenakan juga kepada pasukan polis dan tentera.
"Sebagai badan profesional dalam menjalankan tugas, kesetiaan mereka adalah kepada kerajaan pilihan rakyat," katanya.
Beliau berkata,
kegagalan demokrasi di negara Arab yang masih bergelut dengan demokrasi
berpunca daripada ketidaksetiaan institusi pemerintah.
"Perebutan
kuasa oleh pasukan bersenjata kerana apa pun akan menjadi negara bukan
saja tidak demokratik tetapi juga tidak stabil.
"Pemerintahan ketenteraan tetap akan menjadi pemerintahan kukubesi. Rakyat tetap akan menderita," katanya.
Dr Mahathir
berkata, demokrasi di negara Islam tidak akan stabil dan mencapai
kejayaan kerana sikap tidak dapat menerima kekalahan.
"Dalam dunia Islam sekarang tidak ada negara yang stabil yang diperintah secara demokrasi.
"Selagi tidak
ada kesanggupan menerima kekalahan dalam pilihan raya selama itulah
demokrasi tidak akan berjaya dalam dunia Islam," katanya. – 25 Jun,
2014.
Posted by
mountdweller
2 orang berkata:
Eden setia pd sebuah k'jaan islam yg tulin ja. Sedikit islam, sedikit sekular minta maaf eden rejex awai.
Boleh setia gaji naik 300% ha..ha..baru boleh cakap
Post a Comment