Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAIK TAK PE, NANTI MINTAK BRIM

Monday, June 2, 2014

Harga Minyak Masak dan Tepung naik ikut suka.. Hassan Malek buat apa?


Dah jadi lumrah nampaknya perkara ini, setiap kali Ramadhan menjelang tiba kita akan menyaksikan berbagai keperluan asas meningkat harganya.

Dalam hal ini Minyak Masak dan juga tepung yang sebelum ini berlambak di pasaran tiba-tiba menyusut secara mendadak atau berkurangan secara tiba-tiba.

Kedua-dua keperluan asas itu dilaporkan telah habis di pasaran di negeri Kedah dan para peniaga sukar untuk mendapatkan bekalan.

Rentetan dari permintaan yang melebihi pengeluaran atau bekalan ini, harga kedua-dua barang yang disenaraikan dibawah barang kawalan ini juga sudah tidak terkawal.

Harga jualan minyak masak meningkat sehingga RM3.20 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini, manakala tepung gandum kepada RM1.80 sekilogram berbanding RM1.35 khususnya di kawasan luar bandar.
KPDNKK
Implikasinya sudah tentu akan menimpa masyarakat Islam yang akan mula berpuasa akhir bulan ini..

Harga juadah sudah tentu akan meningkan dengan berlakunya peningkatan ini..

Timbul persoalan dalam hal ini.. Hassan Malek tu buat apa?.. Sibuk dengan pinjaman tanpa faedah lagi ke?

Kalau dah adapun serupa tak ada.. lebih baik Najib gantikan saja dia ni.. gantikan dengan Presiden GERAKAN yang baru menang di Teluk Intan tu..

Laporan berkaitan..

ALOR SETAR – Masalah bekalan minyak masak dan tepung gandum mula membelenggu pengguna di Kedah apabila peniaga dan orang ramai mengadu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan barangan keperluan tersebut sejak 20 Mei lalu.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna terutamanya dalam kalangan peniaga yang mengeluh sukar mendapatkan bekalan minyak masak paket dan tepung gandum.

Beliau mendakwa, masalah itu turut menyebabkan harga jualan minyak masak meningkat sehingga RM3.20 seki
logram berbanding RM2.50 sebelum ini, manakala tepung gandum kepada RM1.80 sekilogram berbanding RM1.35 khususnya di kawasan luar bandar.

“Berdasarkan pemantauan skuad pengguna Cake, kekurangan kedua-dua barangan itu berlaku di banyak daerah di Kedah seperti Alor Setar, Kubang Pasu, Sik, Baling, Kuala Muda, Padang Terap serta Langkawi.

“Masalah bekalan tidak cukup ini sering berlaku setiap kali menjelang bulan Ramadan dan senario ini berulang setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di beberapa buah kedai runcit di Pasar Besar Alor Setar di sini semalam.

Sehubungan itu, Yusoff memberitahu, pihak bertanggungjawab perlu segera menyiasat punca masalah tersebut supaya ia tidak berterusan.

Beliau mendakwa, masalah ketirisan mungkin berlaku dalam kalangan pemborong kerana mereka sepatutnya mempunyai bekalan mencukupi untuk diagihkan kepada peruncit.

“Saya pun hairan kenapa bekalan minyak masak dan tepung bersubsidi tiba-tiba berkurangan di negeri ini. Saya diberitahu bekalan kepada pemborong dan pembekal adalah mencukupi, namun mengapa ia tidak sampai ke tangan peniaga dan pengguna.

“Saya bimbang berlaku ketirisan dalam isu ini dan berharap pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dapat melakukan sesuatu agar kedua-dua bekalan bahan keperluan itu kembali pulih seperti biasa,” ujarnya.

Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit di sini, Azizah Said, 53, berkata, dia sudah kehabisan bekalan minyak masak paket dan tepung gandum sejak dua minggu lalu.

“Sejak akhir-akhir ini, pemborong tidak lagi menghantarnya kerana mendakwa ketiadaan bekalan. Apabila ditanya kepada pemborong-pemborong lain di sekitar daerah ini jawapan sama juga diberikan,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Ummi Shuhaida Shafie, 22, pula berkata, dia terpaksa membeli minyak masak paket daripada beberapa peniaga sehingga ke Jitra yang terletak kira-kira 20 kilometer dari kedainya di Pasar Besar Alor Setar lapor Kosmo

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.