Tuesday, June 24, 2014
UMNO KINI HILANG HALA TUJU.....
Dah ramai rakyat Malaysia menolak untuk menyertai UMNO,
mereka baru sedar.
Persoalannya Apakah SUARA UMNO BARU SUDAH TIDAK SELANTANG UMNO LAMA: Apakah UMNO Baru ini relevan kepada orang
Melayu dan juga tidak lagi memainkan peranan positif terhadap seluruh
negara ini dan rakyatnya.
UMNO kini adalah sebuah parti politik
yang ketinggalan zaman disebabkan ketidakupayaannya untuk memberi nafas
baru terhadap generasi yang baru dan mengikuti peredaran zaman. Ini
dapat dilihat dari komen-komen dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin
semasa mereka, yang menunjukkan ketiadaan kepintaran dan ketenangan.
Zahid pernah di angkat sebagai KP UMNO?
cakap tak leh pakai hingga ke petang.
Malah
pemimpin muda mereka seperti Khairy Jamaluddin ( ketua Pemuda ) yang berpendidikan
tinggi, turut mendapat perhatian melalui komennya yang agak bodoh bahawa
calon DAP di Teluk Intan tidak mempunyai pengalaman. ( sebagai contoh )
Beliau perlu
diingatkan bahawa beliau tidak mendapat tempat apabila BN membentuk
kabinet baru di bawah Dato Seri Najib Razak, walaupun beliau merupakan
ketua Pemuda UMNO.
Bercakap - seolah- olah masyarakat Malaysia tersangatlah " bodoh "
Apakah beliau sedar, diri beliau pun hanya selepas pilihan raya umum lalu beliau dilantik sebagai menteri, satu petunjuk bahawa parti itu telah kehabisan muka baru untuk dikemukakan dan bagi menunjukkan bahawa ia masih wujud dan masih bernyawa.
Adalah malang bahawa seseorang yang berkaliber
terpaksa mengeluarkan kenyataan bodoh itu terhadap calon DAP yang turut
berpelajaran tinggi dan setanding, atau mungkin lebih pintar
daripadanya.
Cuba kita perhatikan bagai mana sejarah membuktikan, Pemuda di zaman Syed
Jaafar Albar, beliau
memanggil sayap Pemuda sebagai kumpulan yang tangkas dan dinamik, tetapi
masa kini ia hanyalah sebuah sayap parti, hidup segan mati tak mahu.
Pemuda kini menutup mata kepada semua penyelewengan yang sedang
dijalankan oleh
parti yang telah menerajui kerajaan sejak sekian lama.
Pemuda
UMNO tahun 60-an bertindak sebagai pembuka jalan kepada parti. Ia tidak
pernah membenarkan dirinya tunduk kepada kepimpinan parti.
Apabila
berlakunya apa-apa kesalahan, ia tidak mempunyai perasaan menyesal dalam
mengambil langkah untuk memperbetulkannya.
Ambil
sebagai contoh di zaman pemerintahan Tun Abdul Razak, Pemuda mampu
memberikan pandangan dan kritikan kepada kepimpinan kaitan dengan
satu-satu projek khusus untuk kepentingan " melayu ".
Sebagai contoh
dalam projek pelaksanaan agenda pembangunan luar bandar, " ia tidak wajar dan cukup hanya membina infrastruktur
fizikal untuk penduduk luar bandar, tanpa memberikan mereka unsur-unsur
yang sangat diperlukan dalam meningkatkan taraf hidup mereka pada masa
yang sama.
Mereka sangat memerlukan kemudahan kredit luar bandar dan
alat pemasaran bagi produk mereka " itu pandangan Pemuda dan akhirnya jadi " bench mark " kepda kepimpimpinan.
Orang agama juga hilang hala tuju kerana UMNO
Infrastruktur fizikal sahaja boleh menjadi senjata makan tuan, termasuk memberi laluan kepada orang tengah untuk menguasai struktur ekonomi penduduk luar bandar.
Apakah cara Kematangan pemikiran dari pemimpin Pemuda UMNO
Baru sepertinya.
Persekitaran kepimpinan UMNO Baru telah mungkin turut
membantutkan pemikirannya malah mereka lebih menjadi kepentingan peribadi.
Lihat pula Wanita UMNO Baru pun sama sahaja. Pada
satu masa apabila UMNO masih tersohor, sayap Wanita yang dahulunya
dipanggil Kaum Ibu mempunyai pemimpin yang bijak dan berinspirasi
seperti Ibu Zain, Tan Sri Fatimah Hashim, Aishah Ghani dan Rafidah Aziz.
Tetapi
sekarang ianya lesu. Ia tidak mempunyai kebolehan untuk menghadapi
cabaran politik moden secara bijak, dan ia juga tidak menghasilkan
mana-mana ahli muda yang berpotensi.
Peranannya hanya mempercepatkan
kematian parti itu, yang pastinya adalah baik untuk negara ini.
Apa yang
dibuat oleh KP Wanita masa ini lebih memburukkan identiti pergerakan
itu sahaja.
Kenapa
perubahan daya fikir dan bertindak ini cukup jauh bezanya dengan
kemampuan pergerakan itu di zaman selepas era kemerdekaan?
Selepas
kemerdekaan adalah zaman untuk mengisi ruang kekosongan yang di
tinggalkan oleh penjajah, dan apabila sudah selesan dengan berbabagi
program sampailah masa untuk menikmati kemerdekenaan.
Untuk lebih selesa
ia
kini digantikan dengan mentaliti pak turut dan bersifat menjilat
daripada bersifat kreatif dan kritis.
Itulah sebab mengapa orang Melayu
muda yang berpendidikan dan bijak
menjauhi UMNO Baru.
Mereka tidak mempunyai masa dan minat bagi sebuah
parti yang memiliki sikap dan tingkah laku sebegitu.
Pemuda UMNO kini
telah dicerobohi oleh samseng dan gengster, dan tidak memiliki ahli yang
cerah masa hadapan, cerdas dan bijak.
UMNO khususnya mungkin tidak belajar dengan parti-parti lain saingan mereka, lihat sahaja DAP mempunyai jumlah ahli
muda yang agak besar, bijak, berpendidikan dan berwawasan. Seperti juga
PAS dan PKR. Tetapi ini tidak berlaku dengan UMNO.
Parti itu dan
pemimpinnya telah menerima pakai pendirian sombong, seolah-olah rakyat
Malaysia terhutang dengan mereka.
Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menunjukkan mereka pintu untuk keluar dari bidang politik selama-lamanya.
( gambar yg. d post cuma pelengkap pd cerita dan melambangkan daya fikir pemimpin masa kini )
( gambar yg. d post cuma pelengkap pd cerita dan melambangkan daya fikir pemimpin masa kini )
3 orang berkata:
ugg outlet
hermes belt
ralph lauren
nike blazer
pandora jewelry
longchamp le pliage
nike free 5
ugg outlet
jordan shoes
coach outlet online
Thanks for sharing the information
Khasiat QnC Jelly Gamat
Cara Mengatasi Penyakit Eksim Atopik
Cara Mengobati Alergi Dingin
Obat Paling Mujarab untuk Diabetes
Obat Batu Empedu Alami
PENGOBATAN PENYAKIT AMANDEL
Cara Mengatasi Penyakit Asam Lambung
the article is very petrifying, hopefully it can be useful and an important lesson.
Cara Mengatasi Penyebab Kekurangan Sel Darah Putih
Obat Epidural Hematoma
Post a Comment