Thursday, June 19, 2014
Beritan Angin Kencang Konon TPM Akan Letak Jawatan Esok ??
Inspirasi Syakilla's photo.
Ada
berita melaporkan Muhyiddin Bakal letak Jawatan Sbg TPM jumaat ni??
Hishammudin plak dah ready nak jadi TPM??.. Hidup Meloya.. hahaha..
Dicatat oleh
atsixty
KUALA LUMPUR 18 JUN: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.
Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri
Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak.
Najib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.
Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan
rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat
ini.
Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu
yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu
turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih
dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya.
Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu
diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin
seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu.
Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka
akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM
ialah Hishamuddin Hussein..
“Jika si ‘pondan’ ini jadi TPM..
pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang..
sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu
sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai
bakal penerus UMNO.
“Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak
boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja..
nak berjuang tak ada ,” tulisnya ~ KeAdilanDaily
Muhyiddin Yassin nak letak jawatan?.. kirim salamlaaaa...
Bukannya kita tak tahu dalam UMNO/BN ni selagi ada nyawa kalau boleh kuasa yang dipegang tak mahu dilepaskan mereka..
Selain selagi ada nyawa.. selagi mereka rasakan diri mereka msih belum cukup kaya jangan mimpilah nak diletakkan jawatan...
Kecuali kalau ada tekanan atau ada salah laku ianya akan digugurkan,
itupun biasanya digugurkan bila nak tiba pilihanraya.. lepas pilihanraya
dilantiklah semula..
Tujuannya cuma nak memperbodohkan rakyat
dengan berbuat begitu supaya kabinet atau pimpinan mereka kelihatan
berwibawa kononnya..
Sebab itulah kita menyaksikan hanya Khairy
yang boleh dianggap sebagai pemimpin pelapis yang ada.. yang lain
semuanya dah bertaraf warga emas.
Bukannya tak ada orang muda
yang menyokong UMNO/BN.. ada.. tapi nak buat macam mana.. yang ada tu
cuma sesuai dijadikan macai saja...
1 orang berkata:
Saya lebih suka kalau muhyiden diganti oleh jefriden( penyanyi 60 an) berbanding hisyamudin.
Post a Comment