Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAN PAYAH KALO ANU TU DAH TAK ADOOOO !

Suri rumah mengaku salah kerat 'anu' suami
0
Suri rumah mengaku salah kerat 'anu' suami
Tertuduh (dua, kiri) tiba di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah, hari ini. - Foto Sinar Harian
KUALA PILAH - Seorang suri rumah mengaku bersalah atas tuduhan  mencederakan kemaluan suaminya di kediamannya di Batu Kikir, Jempol pada 20 Januari lalu di Mahkamah Seksyen di sini, hari ini. 
Tertuduh, Fatimah Abdullah, 51, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sazlina Shafie selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Fatimah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Umar Rahman, 44, dengan menggunakan sebilah pisau yang berkemungkinan boleh mendatangkan kematian.


Justeru itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Hakim kemudian menetapkan 22 Februari ini bagi mendengar hukuman sementara menunggu laporan perubatan suami tertuduh.

Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zainudin.

Mahkamah juga menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 kepada tertuduh.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.