TABUNG HAJI PERLU DI ODIT - Pak Karamu
Tabung Haji nafi alami krisis kewangan
Tabung Haji nafi alami krisis kewangan
KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan pihaknya mengalami krisis kewangan seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
"Tidak. Ia tidak benar," katanya. Menurutnya, TH akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi memperjelaskan isu tersebut.
"Tabung Haji akan adakan sidang media," katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, portal berita melaporkan amalan pengagihan dividen dan
bonus tidak berhemat TH secara puratanya melebihi keuntungan semasa
menyebabkan paras rizab terkumpulnya terus merosot.
Dalam surat bertarikh 23 Disember lalu yang dilaporkan, Gabenor Bank
Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata nilai aset TH hanya
mencukupi membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit
nilai liabiliti dan memberi amaran ia boleh memberi kesan kewangan
kepada kerajaan.
Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila
membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta
daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara
kediaman.
TH dilaporkan membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.
Disebabkan tekanan oleh pelbagai pihak, TH mengambil keputusan untuk
menjual tanah tersebut namun tiada sebarang perkembangan mengenai
dilaporkan.
1 orang berkata:
Habis kan seorang budak hitam.tinggal lg sembilan
Post a Comment