Dasar bersama Pakatan Harapan lebih radikal
KUALA LUMPUR - Dasar bersama Pakatan Harapan yang bakal dilancarkan
pada 16 Julai nanti akan lebih radikal dan dekat kepada rakyat.
Ketua Seketeriat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,
perkara itu akan diumumkan secara peringkat selepas Mac nanti.
“Selepas dilancarkan, dasar-dasar itu akan meliputi keseluruhan dasar
bersama. Sebahagian besar dasar itu adalah daripada penambahbaikan serta
pengukuhan dasar Pakatan Harapan.
“Dasar bersama Pakatan Harapan ini ada kelainan kerana lebih radikal
dan menekankan serta memberi fokus terhadap isu-isu utama yang
dibangkitkan rakyat masa kini,” katanya pada sidang media selepas
Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan di Ibu Pejabat DAP, semalam.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, apa yang akan dilancarkan
itu nanti menekankan isu-isu besar yang mendesak rakyat ketika ini.
Katanya, Pakatan Harapan mahu perkara itu diumumkan secara berperingkat
dan radikal kerana ingin memberi ruang kepada rakyat memahami dan
meneliti isu kandungan dasar tersebut.
Antara perkara yang bakal ditekankan adalah bagaimana untuk tangani isu
kebajikan dan sosioekonomi serta politik pengundi Melayu.
“Isu ini akan dikupas secara bersama supaya kita boleh dekati isu ini
dengan pendekatan pelbagai bangsa kerana isu ini telah menjadi senjata
Umno untuk kekal berkuasa.
“Antara lain adalah memberi fokus kepada dasar guna tenaga memandangkan keadaan ekonomi yang semakin mendesak,” katanya.
Selain itu, isu pendidikan menjadi fokus kepada Pakatan Harapan dalam mendekati pengundi masa kini.
Turut sama dalam sidang media itu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony
Loke dan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir.
1 orang berkata:
Encik Pas, spender encik sudah koyak rabak. Encik Pas tak perlulah nak intai lubang jubor orang lain.
Post a Comment