Usul TPP dibentang pagi ini
KUALA LUMPUR - Usul untuk memutuskan tentang penyertaan Malaysia dalam
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan dibentangkan pada sidang
khas Dewan Rakyat yang bermula pukul 10 pagi ini.
Ahli Dewan Rakyat akan membahas dan mengundi mengenai TPP dalam sesi khas dua hari bermula hari ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa
Mohamed akan mencadangkan usul berkenaan untuk mendapat sokongan anggota
Dewan Rakyat terhadap keputusan kerajaan bagi Malaysia menjadi
sebahagian anggota negara TPP dengan menandatangani dan meratifikasi
perjanjian itu.
Berdasar kepada Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, kerajaan
dalam usul itu juga akan mencadangkan Dewan Rakyat menerima kedudukan
Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka yang
terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pelaburan asing, teknologi dan
pelancongan.
Mustapa akan turut mencadangkan bahawa dalam memutuskan penyertaan
Malaysia dalam TPP, Dewan Rakyat menyeru semua pihak bersama sama
berusaha menjayakan matlamatnya.
Selepas sesi khas dua hari di Dewan Rakyat, Dewan Negara pula akan membahaskan dan mengundi isu TPPA pada 28 Jan.
Malaysia adalah antara 12 negara bersama Australia, Brunei, Kanada,
Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan
Vietnam memuktamadkan rundingan berkaitan TPPA pada 5 Oktober 2015. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment