Ku Li harap rakyat dapat hadapi tekanan ekonomi
Tengku Razaleigh Hamzah
GUA MUSANG - Rakyat negara perlu menyesuaikan diri dengan keadaan
tekanan ekonomi sekarang dengan mengambil pendekatan lebih berjimat
cermat dalam semua perbelanjaan harian.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ini kerana
tekanan yang dihadapi negara itu kemungkinan mengambil masa panjang
untuk dipulihkan semula dan terus berkeadaan tidak menentu.
Beliau mengakui keadaan tekanan ekonomi negara itu disebabkan faktor
luaran dan negara-negara lain di seluruh dunia juga menghadapi situasi
yang sama yang sukar untuk diramalkan.
"Suatu hari kita menghadapi keadaan yang baik. Kadang-kala suram,
maksud saya.. kita menghadapi keadaan yang tidak menentu sekarang ini
dan harus untuk bersedia dalam tempoh jangka panjang.
"Bukan sahaja negara kita yang berada dalam keadaan sebegini tetapi di
rantau ini malah di seluruh dunia kita menghadapi masalah,"katanya
ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wang 2, di sini, hari ini.
Hadir sama Adun Galas, Ab Aziz Yusof, Presiden Majlis Belia Kelantan,
Mohd Syahbudin Hashim dan Yang Dipetua PIBG SK Sri Wangi 2, Zamzani
Harun.
Tengku Razaleigh juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, masalah ekonomi
yang berlaku itu menuntut semua rakyat mengubahsuaikan kehidupan dan
lebih jimat berbelanja dan mengendalikan kehidupan harian.
Beliau berkata, kalau di masa lau mereka bernasib baik dengan kegigihan
rakyat seluruh negara telah dapat mencapai prestasi yang baik dengan
pertumbuhan ekonomi yang amat menggalakkan.
Katanya, hasli daripada itu dapat memberikan peluang menikmati rezeki
yang dikurniakan oleh ALLAH SWT. tetapi adakalanya akan menempuh gelora
yang kadang kala datang dengan tidak terancang.
"Jadi kita mesti bersedia menghadapi semuanya ini dan kalau kita
bersedia...kita tidak akan merasa pahit maung yang mungkin amat sangat
dalam tahun ini atau tahun depan," katanya.
Beliau berkata, kerajaan mengharapkan ekonomi akan terus tumbuh pada
kadar 4.5 sehingga 5.5 peratus pada tahun ini dan tahun depan tetapi
mungkin ia tidak akan mencapai kepada kadar yang diharap-harapkan.
"Ia oleh kerana eksport kita baik kelapa sawit, getah, kayu,
elektronik, minyak mentah, minyak asli cecair sudah jatuh. ini bukan
saja disebabkan oleh pasaran yang tidak mahu membeli barang pengeluaran
kita tetapi seluruh dunia mengalami keadaan ini," katanya.
1 orang berkata:
KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…
*angka ritual gaib singapura
*angka ritual gaib hongkong
*angka ritual gaib malyaisia
*angka ritual gaib sidney
*angka ritual gaib kuda lari.
Post a Comment