Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA AHLI UMNO PERLU NILAI PERISTIWA KEDAH

Grand design dari Putrajaya?
Muka depan Sinar Harian 22 Januari 2016.
Muka depan Sinar Harian 22 Januari 2016.
 
WISMA Darul Aman di Jalan Tunku Bendahara, Alor Setar persekitarannya begitu mendamaikan,  dikelilingi pokok-pokok besar yang rimbun dan tidak jauh dari Taman Rimba yang jadi tumpuan warga ibu negeri Jelapang Padi untuk beriadah. 
 
Namun kedamaian itu ternyata tidak sekufu apabila dibawa berbicara mengenai politik Kedah. Apa yang berlaku kelmarin, bermula dengan sidang media Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Hotel Grand Alora, Mergong sekadar mengulangi sejarah hitam yang melanda hampir semua Menteri Besar Kedah.

Perisytiharan Bashah – yang bersamanya adalah 11 daripada 15 ketua Umno bahagian seluruh negeri selain ketua-ketua sayap parti -  bahawa Umno Kedah sudah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ternyata telah menggegakgempitakan negeri dan negara.

Hawa di Kedah yang pada masa ini sememangnya panas dilanda El-Nino, menambahkan lagi bahang sedia ada. Desas-desus Mukhriz akan disingkirkan yang reda sejak beberapa bulan lalu, tiba-tiba marak semula malah seakan mahu membakar hangus sasarannya dalam sekelip mata!

Arakian, terkesan dengan pengumuman Bashah, berbondong-bondong sahibul hikayat membuat kesimpulan bahawa riwayat politik Mukhriz sebagai ‘Penghulu Wisma Darul Aman’ dikira sudah berakhir!

Sebenarnya tidak!

Sidang media oleh Bashah dan kumpulannya kelmarin tidak pun membawa apa-apa signifikan dalam usaha menyingkirkan Mukhriz dari kerusi MB. Ini kerana pintu undang-undang mengikut tatacara Undang-Undang Tubuh

Negeri Kedah belum pun dibuka. Sidang media itu hanya suatu tindakan bermotif politik untuk menghodohkan pihak yang dituduh.

Mengikut Perkara 13 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah, seseorang menteri besar dilantik atas perkenan Tuanku Sultan Kedah daripada kalangan Adun yang diyakini mendapat sokongan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun). Dan nama itu lazimnya dicadangkan oleh pemimpin tertinggi parti yang menguasai Dun. Dalam konteks ini, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

Kedah ada 36 kerusi Dun dengan komposisi semasa BN (21), Pas (8), PKR (4), DAP (2) dan Amanah (1).

Dengan ini, majoriti mudah yang diperlukan untuk meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Mukhriz ialah 19 undi. Begitu juga untuk Mukhriz mempertahankan kedudukannya!

Untuk itu, Speaker Dun Kedah,  Datuk Md Rozai Shafian – yang kelmarin ada bersama Bashah -  perlu memanggil sidang untuk membolehkan usul tidak percaya terhadap Mukhriz dibawa ke dewan  untuk dibahaskan dan dibuat pengundian sama ada diterima ataupun ditolak.

Cara yang kedua, sama ada Mukhriz  atau  Bashah boleh memohon menghadap Tuanku Sultan untuk membuktikan siapa mendapat sokongan lebih banyak daripada kalangan Adun yang dikemukakan buktinya menerusi tandatangan.

Selain itu, Sultan Kedah sendiri boleh mengeluarkan perintah menghadap kepada semua Adun untuk memastikan sokongan mereka.

Selepas itu, barulah keputusan dibuat oleh baginda, siapa yang diperkenan untuk dilantik sebagai menteri besar.

Ini prosedur yang perlu dipatuhi dalam sistem pemerintahan negeri. Ada pun dalam parti, peraturan dan amalannya berbeza. Najib mempunyai kuasa mutlak untuk melantik dan menggugurkan mana-mana pengerusi Umno negeri termasuk Mukhriz, merujuk pada salah satu perkara yang dituntut oleh Bashah dan kumpulannya.

Ertinya, dalam hal kedudukan Menteri Besar Kedah, yang akan membuat keputusan adalah Anak Bukit, bukan Putrajaya!

Soalnya, benarkah apa yang berlaku ini semata-mata datangnya dari Kedah dan tidak ada kaitan dengan Putrajaya?

Ramai juga yang bertanya soalan itu sejak kelmarin.

Ada yang beranggapan, Bashah dan kumpulannya tidak akan seberani itu jika tidak mendapat restu Putrajaya, malah ada juga yang percaya, grand design untuk menurunkan Mukhriz sememangnya datang dari Putrajaya.

Hakikat seperti ini tidak sukar untuk ditelah. Umum mengetahui betapa Tun Dr Mahathir begitu bersungguh-sungguh mahu Najib melepaskan jawatan lalu sebagai manusia biasa, mustahillah jika Najib tidak berasa apa-apa.

Tambahan pula jawatan Mukhriz berada dalam bidang kuasanya sebagai ketua!

Tidak dapat tanduk, telinga dipulas. Pukul anak, sindir menantu!

Semua orang tahu, Bashah jauh lebih senior berbanding Mukhriz dalam kepimpinan politik Kedah. Sebelum PRU13, beliau juga disebut-sebut sebagai calon menteri besar. Oleh sebab rakyat Kedah telah dijanjikan bahawa

Mukhriz akan dilantik menteri besar jika berjaya mendapatkan kembali pemerintahan negeri, Bashah yang menang kerusi Dun Bakar Bata ditawarkan kontra dengan lantikan sebagai senator dan jawatan timbalan menteri.

Difahamkan April ini, tempoh penggal dua tahun senatorship beliau akan berakhir. Kerana itu, ada sesetengah pihak mengandaikan ini petanda bahawa beliau sudah dapat restu Putrajaya untuk kembali ke Kedah.

Satu lagi persoalan, apa perlunya sidang media kelmarin? Kalau mahu ditukar Mukhriz, tukar sahajalah ...

Memang boleh untuk Najib selaku ketua parti berbuat demikian. Namun hakikatnya, inilah politik.
Seperti yang dikatakan tadi, sidang media itu adalah suatu tindakan yang bermotif politik, dan dalam politik, apa jua langkah yang diambil ada risiko yang tersendiri.

Jika tidak dibuat sidang media, dan Menteri Besar Kedah ditukarkan tanpa sebarang hebahan akan sebab-sebabnya, nescaya ini akan mengundang simpati kepada Mukhriz. Ini memberi ruang untuk beliau mendapat sokongan yang lebih kuat daripada akar umbi atas dasar simpati.

Meskipun mengikut hukum moral, pemecatan secara senyap adalah tindakan yang baik kerana tidak mengaibkan, namun dalam hukum politik, itu bukanlah langkah yang bijak.

Amat berbahaya jika Mukhriz diberikan ruang untuk mendapat sokongan yang kuat kerana beliau berpotensi mencabar kedudukan yang lebih tinggi dalam pemilihan parti. Bagaimana jika Mukhriz bertanding kerusi No. 2, bergandingan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mungkin mencabar No. 1?

Lalu apabila Mukhriz dilondeh mengenai prestasi – yang bagi saya sedikit sebanyak ‘tuduhan’ daripada kem Bashah harus diakui – ini memberi kesan kepada akar umbi.

Cerita mengenai kegagalan dan ketidakupayaannya dalam menguruskan parti dan kerajaan bukan sesuatu yang mudah untuk disembunyikan.

Bak kata seorang kawan ketika kami bersembang teh tarik petang semalam: “Mukhriz bukan tidak bagus... tetapi tempat sebagai MB Kedah tidak sesuai dengan dia. Semasa di Miti, perfomancenya bagus sebagai timbalan menteri, tetapi untuk jadi orang No 1 di negeri seperti Kedah, dia tak sesuai.

“Mukhriz masih kekok untuk berdepan dengan orang kampung sebab dia sendiri tidak begitu memahami hati budi dan budaya orang kampung. Apabila dia terima jawatan MB, saya kira dia sudah buang satu demi satu batu bata yang boleh mengukuhkan politiknya di peringkat nasional. Dia sepatutnya boleh pergi lebih jauh, boleh jadi PM yang baik seperti bapanya. Dia lebih sesuai di Putrajaya, bukan Alor Setar!.”

Bagaimanapun bagi saya, apa yang dilakukan terhadap Mukhriz sangat tidak kena dengan masa.
Yang pertama, ini berlaku pada minggu ulang tahun keputeraan Tuanku Sultan Kedah yang baru sahaja mengingatkan, kesengsaraan ekonomi yang ditanggung rakyat perlu lebih diberikan perhatian oleh pemimpin.

Yang kedua, ketika ini, ramai rakyat Kedah terutama Gen Y yang masih ghairah dengan kejayaan merangkul naib juara Piala Malaysia, dan Mukhriz selaku Presiden KFA dianggap hero yang merealisasikan impian mereka.

Lantaran itu, tidaklah mengejutkan apabila sekitar Bangunan Tunku malam kelmarin padat dengan anak-anak muda yang melaungkan 'Hidup Mukhriz'.

Apa pun, inilah politik. Setiap tindakan ada risikonya. Jangan dipecahkan perahu-perahu kecil semata-mata untuk menyelamatkan kapal besar yang hampir karam!

1 orang berkata:

MBAH JAYA WARSITO said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [1180] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 870 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.