Pensyarah ditahan SPRM susulan tuntutan RM14 juta
Gambar hiasan
SHAH ALAM - Seorang pensyarah wanita berusia lingkungan 40-an ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit
dalam penyelewengan tuntutan peruntukan penganjuran program membabitkan
nilai kira-kira RM14 juta.
Memetik laporan BH Online, wanita itu yang juga pensyarah kanan di
sebuah universiti awam di utara, ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM
Kedah kira-kira jam 11 pagi semalam untuk membantu siasatan berhubung
dakwaan itu.
Berdasarkan maklumat, suspek membuat tuntutan RM14 juta untuk kira-kira
300 program dianjurkan Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) melalui
CUIC, di bawah Kementerian Pelajaran (ketika itu Kementerian Pengajian
Tinggi) antara 2012 dan 2015.
Bagaimanapun timbul keraguan dalam isu terbabit dan SPRM sehingga kini
masih menyiasat tuntutan membabitkan nilai peruntukan kira-kira RM14
juta dibuat melalui lebih 10 syarikat.
Sehingga kini siasatan dilakukan SPRM hanya mengenal pasti RM500,000
daripada keseluruhan RM14 juta tuntutan dibuat, manakala selebihnya
masih dalam siasatan. Justeru, suspek ditahan untuk tindakan lanjut.
Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, mengesahkan tangkapan dan siasatan dilakukan, namun tidak mengulas lanjut.
Sementara itu, pensyarah wanita terbabit dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor
Setar, pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
1 orang berkata:
KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…
*angka ritual gaib singapura
*angka ritual gaib hongkong
*angka ritual gaib malyaisia
*angka ritual gaib sidney
*angka ritual gaib kuda lari.
Post a Comment