Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PA, TAK PA KALO TENAT NANTI KITA SAMA-SAMA TANGGUNG LA

Dewan Rakyat lulus usul TPP
TPP
 
 
KUALA LUMPUR- Usul Penyertaan Malaysia ke dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP)  diluluskan Dewan Rakyat sebentar tadi. 
 
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan tersebut selepas 211 ahli parlimen membuat undian.

Daripada jumlah tersebut, 127 ahli parlimen bersetuju dengan usul tersebut dan  84  tidak bersetuju.

Perjanjian TPP akan ditandatangani di Auckland, New Zealand pada 4 Februari depan.

Malaysia adalah antara 12 negara yang terlibat dalam TPP bersama Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika menggulung perbahasan usul itu berkata TPP bukan perjanjian perdagangan yang dirangka oleh Amerika Syarikat semata-mata, sebaliknya Malaysia turut mengambil bahagian dalam merangka draf perjanjian antarabangsa itu di samping 11 negara lain.

Antaranya bagi Bab 6, 21, dan 24 yang berkaitan dengan kerjasama dan bina upaya mengenai perusahaan kecil dan sederhana, pembangunan, dan bab-bab yang penting lain yang tidak terdapat dalam mana-mana perjanjian perdagangan.

"Sehubungan itu, pandangan bahawa Malaysia mengguna pakai template Amerika Syarikat adalah tidak benar," tegas beliau.

Mustapa turut menegaskan Malaysia tidak akan dipengaruhi oleh sistem kapitalis sekiranya menandatangani TPP dan ia juga tidak akan mengubah sistem ekonomi negara yang mengamalkan ekonomi campuran.

Beliau juga menjelaskan bahawa perbincangan mengenai TPP bukan dibuat secara 'one man show' sebaliknya melibatkan banyak pihak, selain lebih 40 kali dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dalam tempoh lima tahun.

Selain Mustapa, lima menteri lain yang terlibat sama dalam pelaksanaan perjanjian TPP turut menggulung perbahasan usul bagi kementerian masing-masing.

Mereka ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Nancy Shukri.

Riot dalam penggulungannya berkata sebanyak lapan undang-undang perburuhan di bawah kementerian itu perlu dipinda selepas Malaysia menandatangani TPP.

Ini termasuk Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) yang akan membolehkan pekerja-pekerja warga asing memegang jawatan dalam kesatuan sekerja dengan syarat-syarat tertentu.

Wan Junaidi pula berkata satu jawatankuasa kebangsaan bagi memantau dan melaksanakan bab alam sekitar dalam perjanjian TPP akan diwujudkan selaras dengan pelaksanaan komitmen alam sekitar dalam perjanjian itu.

"Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk membincangkan isu pelaksanaan komitmen-komitmen bab alam sekitar di bawah TPP termasuk semua Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang lain," katanya yang dipetik laporan Bernama

4 orang berkata:

sabila said...

Kena lg la kita gamaknya ni mcm gst.oh semua baik belaka tgok semua mencekik belaka.depa tak pa la dpt derma bilion

Anonymous said...

Jgn susah hati. tuang presideng Pas kan ada sbg penasihat najib. Sebab tu rakyat malaysia senang lenang, hudud berjaya dilaksanakan.kah kah kah

PAK DENDI said...

Saya ingin menyampaikan kepada
seluruh TKI yang bekerja di negeri orang ,,
saya PAK DENDI seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang
sempat saya putus asa, apa lagi istri dengan keadaan hamil
dan gaji aku pun buat makansehari2 saja, sedangkan hutang banyak.
kebetulan istri saya buka-buka facebook mendapatkan
nomor MBAH KASENG katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL ,,dengan keadaan susah jadi saya coba
hubungi MBAH karna saya pikir tidak ada salah,nya kita coba dan minta
angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan MBAH 6D dan alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudarah di indonesia maupun di
luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda dengan meriktualkan angka togel ghaib SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA 2D,3D,4D,5D, Atau 6D yang betul-betul tembus
hubungi MBAH KASENG di nomor 0823-1434-8847 silahkan anda buktikan sendiri
demi allah saya sudah membuktikan angka dari MBAH sekrang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!























5689 said...

zzzzz2018.8.15
yeezy
adidas superstar
nike air max 90
ugg boots on sale 70% off
tods shoes
ugg boots
louboutin shoes
moncler jackets
ralph lauren uk
christian louboutin outlet

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.