DAP hilang undi Melayu jika terus anti-Islam
SHAH ALAM - DAP bakal kehilangan undi pengundi Melayu pada PRU14 akan
datang jika tidak mengikis imej anti-Islam yang ditonjolkannya kerana
agresif menentang dasar-dasar Islam termasuk hudud yang dibawa oleh Pas.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara,
Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, mustahil bagi DAP mengekalkan undi
Melayu jika mereka berterusan menentang hudud yang menjadi sebahagian
daripada ajaran Islam.
“Walaupun DAP kata mereka tidak anti-Islam, tetapi tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan itu boleh ditafsirkan sebagai anti-Islam. Kita tahu hudud itu sebahagian penting dalam Islam, kalau menentang hudud, maksudnya menentang Islam.
“Walaupun DAP kata mereka tidak anti-Islam, tetapi tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan itu boleh ditafsirkan sebagai anti-Islam. Kita tahu hudud itu sebahagian penting dalam Islam, kalau menentang hudud, maksudnya menentang Islam.
“Orang Islam mana kata hudud itu tidak baik, sebab dalam Islam, hudud
itu perlu diterima sebagai sebahagian daripada agama dan ajaran Islam.
Begitu juga MCA dan Gerakan, bila mereka menentang hudud itu, mahu atau
tidak mereka juga kelihatan menentang Islam,” katanya kepada Sinar
Online.
Beliau mengulas dilema DAP dalam mengekal dan meraih sokongan undi
orang Melayu selepas mengisytiharkan Pas sebagai musuh politik susulan
DAP menentang dasar Islam yang dibawa parti itu khususnya untuk
melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Dalam pada itu, Kok Seong juga berkata, pemimpin DAP perlu menggunakan
bahasa dan tingkah laku yang mesra orang Islam jika tidak mahu
kehilangan lebih sejuta undi Melayu dalam Pas.
“(DAP) jangan kelihatan sebagai anti-Islam. Tindakan DAP melalui
kepimpinan tertingginya dalam hal hudud tidak disenangi oleh orang
Melayu, cara bahasa dan tindakan digunakan itu semua tidak berlapik.
“Sedangkan orang Melayu tidak suka bahasa yang secara langsung itu,
harus berlapik, mereka tak akan kata curi, mereka kata tangan panjang,
orang Melayu ini lebih sopan, menjaga perasaan pihak satu lagi, kias,
bersifat konfrontasi bahasa itu,” jelasnya.
Teo berkata lagi, hukum hudud merupakan isu yang begitu dekat dengan
hati orang Melayu Islam dan permusuhan DAP terhadap ajaran Islam itu
tidak mengambil kira sensitiviti orang Melayu yang majoritinya beragama
Islam dan dalam kalangan ahli tegar Pas.
“Kalau DAP jadi parti pelbagai kaum, terutamanya yang boleh disenangi
orang Melayu, jadi cara kepimpinan DAP dalam menangani hal-hal Melayu
terutamanya Islam itu perlu ada perubahan.
“Jangan begitu agresif hingga kelihatan anti-Islam. Ini sudah tentu
merugikan DAP dari segi sokongan orang Melayu dalam Pakatan Harapan,
kali ini mereka mengharapkan sokongan dari Amanah,” katanya lagi.
1 orang berkata:
Fatwa wali2 Umno;
Hudud Adalah Rekaan Ahli Fekah Semata-mata - Dr Mahathir
Negara akan huru-hara sekiranya Undang2 Islam dilaksanakan - Najib Rosmah
“8 dpd 11 negara yg melaksanakan hudud dianggap sbg negara paling korup".
PAS PARTI AJARAN SESAT PENJUAL AGAMA.
Post a Comment