Azmi serah kepada takdir ALLAH
ALOR SETAR - Adun Bayu, Datuk Azmi Che Hussain menyerahkan kepada
takdir ALLAH SWT untuk menentukan nasibnya dalam politik Kedah.
Beliau yang juga Timbalan Speaker Dun Kedah mengakui tidak mengetahui
atau mendapat sebarang petunjuk mengenai desas-desus namanya tersenarai
sebagai salah seorang calon yang dicadangkan mengisi jawatan Menteri
Besar (MB) Kedah menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Saya selesa dengan keadaan sekarang dan sedia menerima sesiapa sahaja
yang diberi amanah sebagai MB Kedah. Saya boleh bekerja dengan sesiapa
sahaja.
“Terpulang kepada kehendak dan takdir ALLAH menentukannya sama ada kedudukan MB berubah dan siapa bakal penggantinya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Transformasi Sekolah
- Projek Mesin Air Beralkali dan Dobi Layan Diri di Sekolah Menengah
Agama Darussa’adah di Kepala Batas di sini, semalam.
Sinar Harian semalam, menyebut Azmi antara calon dicadangkan sebagai MB
Kedah baharu yang diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman di Bukit
Persekutuan, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Dua lagi calon ialah Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail
yang juga Exco Industri dan Pelaburan); Adun Ayer Hangat, Datuk Mohd
Rawi Abd Hamid (Exco Agama dan Pelancongan).
Ditanya beberapa kali sama ada menyedari namanya tercalon berikutan
kemelut Umno Kedah, beliau dengan bersahaja berkata tidak tahu apa-apa
mengenainya.
“Biar orang lain. Saya tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu
kerana banyak tugas perlu diselesaikan. Saya selesa dengan keadaan
sekarang dan berharap krisis itu dapat diselesaikan segera. Semua orang
nak buat kerja untuk rakyat,” katanya.
Ditanya sama ada perlu dibuat pertukaran MB pada masa kini, beliau
berkata no komen dan menambah 'Kedah dalam keadaan aman damai'.
Ditanya apa perancangannya jika dilantik sebagai MB Kedah baharu, beliau menjawab no komen.
Azmi juga menjawab no komen berkenaan soalan apa yang boleh dilakukan
jika Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah menjadi MB.
Ketika diajukan soalan urusannya ke Kuala Lumpur kelmarin, beliau
berkata ia atas urusan rasmi dan bukan mengenai politik atau
perbincangan isu MB Kedah.
1 orang berkata:
ninest123 16.02
louis vuitton, louis vuitton, longchamp outlet, ray ban sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, michael kors, nike free, longchamp outlet, louboutin, ugg boots, burberry, prada outlet, tiffany jewelry, oakley sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, uggs on sale, burberry outlet online, tory burch outlet, prada handbags, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, ugg boots, ugg boots, nike outlet, louboutin outlet, michael kors outlet, louis vuitton outlet, chanel handbags, jordan shoes, ugg boots, christian louboutin outlet, longchamp, replica watches, ray ban sunglasses, cheap oakley sunglasses, tiffany and co, nike air max, oakley sunglasses, louis vuitton, replica watches, louis vuitton outlet, polo ralph lauren outlet, ray ban sunglasses, louboutin shoes, oakley sunglasses, nike air max, gucci outlet
Post a Comment