Rakyat mahu kes 1MDB diselesaikan segera
SHAH ALAM - Rakyat Malaysia keseluruhannya mahu skandal kewangan
1Malaysian Development Berhad (1MDB) diselesaikan dengan segera bagi
membolehkan negara bergerak ke hadapan menangani isu ekonomi lain.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata
ia juga bagi mencerminkan nilai mata wang negara yang lebih baik selepas
ini.
"Semua orang mahukan kesimpulan (penyelesaian 1MDB), supaya kita boleh
bergerak ke depan untuk mendepani masalah ekonomi yang dihadapi negara
kini.
"Ia akan mencerminkan mata wang kita asas dengan lebih baik," katanya
dalam satu wawancara sebuah portal berita ekonomi di Amerika Syarikat,
hari ini.
Sejak tahun lepas, dana pelaburan milik kerajaan menerusi 1MDB telah
terlibat dalam satu skandal politik Malaysia yang paling teruk dalam
sejarah hingga memberi kesan kepada minat pelabur asing ke negara ini.
Mengulas lanjut, Zeti juga berkata, BNM sudah menjalankan siasatannya
ke atas 1MDB namun pihak berkuasa itu bukan satu-satu agensi yang
menyiasat kes tersebut.
"Sudah tentu ada siasatan dilakukan oleh agensi yang berbeza terhadap entiti ini (1MDB).
"Kini terdapat beberapa tindakan penguatkuasaan telah diambil dan
apabila ini dimuktamadkan, kita akan ketahui kesudahannya," katanya
lagi.
Temubual Zeti berdurasi empat minit itu telah dimuat naik dalam sebuah portal ekonomi antarabangsa, hari ini.
0 orang berkata:
Post a Comment