Apabila Amanah dibentuk, ramai mula buka mata
SHAH ALAM – Kewujudan Parti Amanah Negara (Amanah) bukan ancaman buat
Pas, malah penghijrahan serpihan Pas itu dianggap sebagai satu hikmah.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, perkara itu
dapat dilihat apabila adanya pertambahan ahli menyertai Pas.
“Apabila Amanah dibentuk, orang ramai mula buka mata dan kini ahli Pas
berdaftar sudah lebih sejuta seluruh negara, ini kelebihan besar buat
Pas.
“Sebab itu kita tidak ambil kisah dengan Amanah sebab mereka bukanlah
ancaman malah sedikit pun tidak mengganggu kelangsungan Pas,” katanya
kepada Sinar Harian.
Menurutnya, Pas Selangor tidak berkecil hati dengan layanan dan
penerimaan bekas rakan sekutu PR iaitu PKR dan DAP terhadap Amanah.
“Buat masa ini, Selangor ditadbir dengan semangat PR menerusi mandat
PRU13, kita kerjasama seperti biasa... uruskan masalah negeri, masalah
rakyat bersama PKR dan DAP.
“Kita masih mesyuarat, bergurau senda dan selesaikan masalah rakyat dengan harmoni sehingga menjelang PRU14,” katanya.
Adun Meru itu juga tidak menghalang pimpinan Amanah membuat ceramah di kawasannya malah bersifat terbuka.
“Amanah ada hak nak buat ceramah di Meru. Biasalah awal-awal kemunculan
orang memang ramai datang sebab nak dengar punca mereka keluar Pas.
“Saya tak halang, biarkan itu hak mereka nak berceramah cari pengikut. Tetapi masyarakat sekarang bijak menilai,” katanya.
Sementara itu, Dr Abd Rani berpendapat berdasarkan logik, DAP
sepatutnya bertoleransi menyerahkan kerusi mereka kepada Amanah pada
pilihan raya akan datang.
“Pendirian Pas, tidak akan sesekali menerima kembali Amanah kerana
mereka sudah keluar dan dibuang... Kita tidak akan terima,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment