Nasib Mukhriz ditentukan Adun, Jemaah Pemangku Sultan
Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (tengah) disambut meriah
ketika hadir di hadapan Bangunan Tunku malam ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai
Menteri Besar Kedah hanya boleh ditentukan menerusi undi tidak percaya
di Dun atau kuasa pada Jemaah Pemangku Sultan negeri itu, kata
pakar-pakar perlembagaan.
Profesor Undang-undang, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi
Mara (UiTM) Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata jika
sidang Dun Kedah sedang berlangsung, kedudukan Mukhriz perlu ditentukan
berdasarkan sokongan ahli-ahli Dun itu.
"Kedudukannya di dewan bergantung pada sokongan majoriti sama ada dari
Adun kerajaan atau Adun-adun lain," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun, katanya jika sidang Dun Kedah tidak berlangsung ketika
ini, kuasa membuat keputusan berkaitan kedudukan Mukhriz tertakluk di
bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah memandangkan Sultan Kedah, Tuanku
Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika ini sedang menduduki jawatan sebagai
Yang di-Pertuan Agong.
"Buat masa ini, kita kena tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya," kata beliau.
Shad diminta mengulas mengenai pengumuman oleh Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini
yang menyatakan hampir seluruh kepimpinan Ummno Kedah menyuarakan hilang
keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz serah kepada rakyat nilai prestasi beliau]
Sementara itu, seorang lagi pakar perlembagaan Profesor Madya Dr
Shamrahayu Abd Aziz berkata, pengumuman oleh Ahmad Bashah hanyalah satu
'pandangan' dan tidak sah dijadikan 'dokumen' dalam menentukan kedudukan
Muhkriz sebagai Menteri Besar.
Beliau yang merupakan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang
dan Politik di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata ia
sebaliknya perlu dibawa ke sidang Dun dengan undi hilang keyakinan perlu
dilakukan oleh ahli dewan dengan sekurang-kurangnya majoriti mudah.
"Ini adalah basic (asas)...kita sudah lalui beberapa pengalaman seperti ini, yang terbaharu di Selangor dahulu.
"Ahli-ahli dewan perlu menyatakan pendirian dengan menandatangani
'statutory declaration' bahawa mereka hilang kepercayaan kepada Menteri
Besar.
"Jika jumlah tersebut majoriti (mudah) barulah ia menjadi sesuatu yang
sah dan membawa kesan kepada kedudukan menteri besar, yang kemudian
perlu dipersembahkan kepada Sultan untuk membuat keputusan," kata
Shamrahayu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap MB]
Sementara itu, penganalisis politik Profesor Madya Dr Ahmad Martadha
Mohamed berpendapat, selepas mengumumkan hilang keyakinan terhadap
kepimpinan Mukhriz, Ahmad Bashah selepas ini pastinya akan cuba membawa
perkara itu ke sidang Dun untuk memutuskan kedudukan Muhkriz.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia itu menyarankan kepimpinan Umno di peringkat
pusat mendapatkan maklum balas semua pihak di negeri itu termasuk
masyarakat agar keputusan yang dibuat nanti tidak bercanggah dengan
kemahuan Rakyat. - Bernama
2 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA
Post a Comment