Surat amaran tidak sertai program Amanah
KOTA BHARU - Pas Kelantan mengeluarkan surat amaran secara rasminya
kelmarin kepada semua kepimpinan PKR Kelantan agar tidak menyertai
program anjuran Parti Amanah Negara (Amanah).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan ini diambil setelah
memerhatikan beberapa majlis dan program yang berlangsung di negeri ini
turut melibatkan anjuran PKR bersama Amanah.
“Setakat ini, ada tiga program anjuran mereka bersama (PKR - Amanah) iaitu di Dataran Kampung Laut, Chetok dan Ketereh.
“Di Kelantan khususnya, tiada kepentingan untuk PKR bersama Amanah dan sepatutnya perkara sebegitu tidak berlaku.
“Jadi kita minta supaya PKR memahami suasana dan situasi politik di Kelantan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Program Penyampaian Watikah dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB -BRI) di Hotel Grand River View, di sini.
Beliau yang juga Adun Wakaf Baharu berkata, keputusan itu juga dibuat
Pas Pusat supaya hubungan murni dan baik yang terjalin ini tetap berlaku
dengan PKR.
“Setakat ini, kepimpinan PKR memang menghormati kita, tapi bagaimana
ini boleh berlaku juga atas nama PKR. Ini yang kita sedang teliti.
“Sedangkan PKR negeri memang memberi perakuan kepada kita bahawa sebaik-baiknya bersama Pas, bukan dengan Amanah.
“Itu kita terpaksa buat kajian sikitlah kerana PKR negeri juga tidak senang dengan apa yang sedang berlaku,” katanya lagi.
Ditanya apakah tindakan lanjut sekiranya ada kepimpinan yang ingkar,
Ahmad menegaskan untuk tidak teragak-agak menyerahkan perkara ini kepada
Lembaga Disiplin Pas Pusat.
2 orang berkata:
Kesiang nya kena main .maknanay memang bodor sokmo .Pakakarmu .apa tujuan dan niat tuis kena main belakang? kau tahu tak dosa fitnah orang.beginikah Penulis Pas islam? .astarfiruulah hal azim .apa dah jadi ni ,kalau dulu puak2 Umno saje suka fitnah ,kini melanda dalam Pas ,tunggu balsan dari alalh sekiranya kau tak bertaubat dan meminta maaf pada orang yang niatkan itu .orang faham apa ayng tulis.selayakya wajah kau sebegitu rupa ,.sama ajae wajah dan hati .kotor.
Dah kena main nak tunggu apa lagi?
Blah la....
Post a Comment