Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAYAT DARI BOT KARAM

13 maut dipercayai bot pancung karam
13 maut dipercayai bot pancung karam

KOTA TINGGI - Seramai 13 maut dalam kejadian bot pancung karam yang berlaku awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian disedari kira-kira jam 8.40 pagi selepas seorang lelaki Melayu telah melaporkan bahawa pekerjanya terjumpa sejumlah  12 mayat di pantai Tanjung Kelisa, Mukim Timur, Bandar  Penawar.

Menurutnya, mayat dipercayai warga Indonesia yang merancang untuk pulang ke Indonesia menaiki bot pancung.

"Keadaan laut yang bergelora dengan angin kencang dipercayai menjadi  punca bot pancung terbalik.

"Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan jam 9.00 pagi tadi disertai seorang pegawai dan 15 anggota Pasukan Polis Marin serta enam anggota dari Balai Polis Bandar Penawar serta seorang Sarjan,"katanya.

Tambahnya, sehingga kini 13 mayat ditemui termasuklah sembilan perempuan dan empat lelaki dipercayai warga Indonesia berjaya ditemui di kawasan sekitar pantai.

"Kesemua mayat akan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk tindakan selanjutnya," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.