Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BELANJAUAN DIBENTANG HARI INI

Najib bentang semula #Bajet2016 hari ini
Persediaan
Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan Kementerian Kewangan, Datuk Shamsul Azri (tiga, kanan) bersama para petugas Kementerian Kewangan melakukan persiapan akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama
 
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan membentangkan semula #Bajet2016 pada hari ini. 
 
Menurut Najib seperti yang dipetik menerusi NajibRazak.com, pengubahsuaian #Bajet2016 itu dilakukan ekoran daripada situasi ekonomi global yang berada dalam keadaan mencabar pada tahun ini.

Kata beliau lagi, keadaan itu juga didorong oleh kejatuhan harga minyak dan komoditi yang terkesan di seluruh dunia pada masa ini.

“Dalam pembentangan #Bajet2016 tahun lalu, perancangan perbelanjaan negara disandarkan kepada andaian harga minyak Brent pada AS$48 (RM203.67) setong.

“Baru-baru ini, harga minyak mentah dunia jatuh kepada paras di bawah AS$30 (RM127.29) setong,” katanya.

Menurut Najib lagi, pembentangan semula #Bajet2016 itu perlu dilakukan bagi memastikan kelangsungan ekonomi dapat diteruskan tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.

Ikuti siaran langsung pengumuman pengubahsuaian semula #Bajet2016 yang akan bermula pada jam 12 tengahari ini.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.