ALOR SETAR - Persetujuan majoriti dicapai dalam Umno Kedah secara

 kolektif apabila mahu Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri 
Ahmad Bashah Md Hanipah dicalonkan sebagai Menteri Besar Kedah
menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Syed Abdul Hafiz Syed
 Mustapa berkata, selaku ‘orang lama’ dalam parti, Ahmad Bashah 
memiliki kelebihan selain hubungan baik dengan pimpinan Pusat
malah bergelar wakil rakyat sejak beberapa penggal.

“Bukankah itu suatu kelebihan. Saya yakin beliau mampu memberikan
 hasil terbaik,” katanya.
Menurutnya, perlu ada perancangan berdasarkan kapasiti kemampuan
 yang ada supaya rakyat yakin dengan kepimpinan Umno Kedah.

“Hubungan baik membolehkan penumpuan diberikan dalam membantu 
isu rakyat yang dihimpit pelbagai masalah termasuk kenaikan harga 
barang. Jangan pula kita melebarkan krisis parti kerana mungkin 
membawa kepada polemik lebih besar,” katanya ketika diminta 
mengulas kemungkinan ada calon lain selain Ahmad Bashah bagi 
menggantikan Mukhriz.

Mengulas sama ada Ahmad Bashah yang juga calon menteri besar
 pada PRU13 lalu sebelum berlaku pertukaran di saat akhir, digantikan
 dengan Mukhriz, masih relevan memikul amanah itu, Syed Abdul Hafiz
 berkata, isu relevan tidak timbul kerana selaku wakil rakyat paling lama
 berkhidmat (PRU 1999, 2004, 2008, 2013), beliau lebih mengenali hati
budi pemimpin politik di Kedah.

“Beliau amat dihormati kalangan pimpinan Umno. Beliau dilantik sebagai
 jurucakap kumpulan yang tidak menyokong kepimpinan Mukhriz bukan 
sahaja disebabkan kapasiti sebagai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, 
sebaliknya penghormatan sebagai orang lama yang sudah lalui asam 
garam politik Kedah,” katanya.

Menurutnya, kekuatan Umno adalah kesetiaan kepada parti, dalam 
konteks politik Kedah, kemenangan BN bukan bergantung kepada 
kemenangan individu.

“Kemenangan PRU13 melibatkan seluruh jentera komponen parti, bukan
 individu. Pelantikan Menteri Besar ketika itu tidak boleh dipertikai 
mana-mana pemimpin. Ahmad Bashah sendiri menghormati keputusan 
Presiden ketika itu,” katanya.

Syed Abdul Hafiz berkata, tidak wajar mengheret rakyat yang berkuasa 
memilih wakil rakyat dalam kemelut ini.
“Rakyat telah memilih wakil mereka, sudah tentu wakil mereka juga tahu
 permasalahan dalam menunaikan tanggung jawab di kawasan. Isu ini 
boleh dihentikan lebih awal jika kita faham tentang organisasi. Kita dilantik
 oleh Presiden dengan restu ALLAH SWT,” katanya.

Oleh itu, tidak perlulah himpunan rakyat  dibudayakan dalam Umno demi 
kepentingan individu tertentu
.