Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUKADDIMAH KRONI DAH NAMPAK SIKIT ?

Singkir Mukhriz akan parahkan krisis kepercayaan Umno
0
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
SHAH ALAM - Krisis kepercayaan rakyat terhadap Umno semakin parah sekiranya desakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah dan Ketua Perhubungan Umno Kedah dibuat atas kepentingan politik peribadi mana-mana pihak.
 
Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya desakan supaya Mukhriz berundur dilayan oleh pucuk pimpinan parti, dibimbangi akan mengakibatkan rakyat semakin hilang hormat terhadap Umno.
 
“Kebimbangan saya yang paling besar ialah perpecahan dalaman Umno akan bertambah ketara dan Umno akan menjadi semakin lemah.
 
“Saya amat kesal ketika rakyat berhadapan cabaran ekonomi dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan BN semakin terhakis khususnya di Kedah, kini dibebankan dengan krisis politik yang jelik dan memalukan,” katanya yang dimuat naik di akaun Facebooknya, hari ini.
 
Beliau mengulas tindakan semua pimpinan Umno Kedah dan wakil rakyat negeri itu semalam yang menyuarakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz ekoran beberapa kelemahan serta ketidakupayaan beliau dalam pentadbiran parti dan negeri.
 
 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang mewakili semua pemimpin itu merayu agar Presidennya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera campur tangan dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.
 
Sidang media tersebut dihadiri 14 daripada 15 pemimpin bahagian Kedah. Hadir sama, ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita Umno negeri serta Ahli Parlimen Umno negeri ini.
 
Turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan selaku Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
 
Mengulas lanjut, Muhyiddin juga berkata, krisis yang melanda Umno Kedah mesti diselesaikan secara penuh hikmah dan berhemah dengan meletakkan kepentingan rakyat dan parti mengatasi kepentingan peribadi.
 
“Antara faktor kemenangan BN di Kedah adalah ketokohan Mukhriz sebagai pemimpin pelapis Umno. Sebagai seorang Menteri Besar baharu, beliau memerlukan sokongan semua pihak, khususnya wakil rakyat dan pemimpin Umno Bahagian dalam Umno Kedah dan kerajaan negeri dengan berkesan.
 
“Apatah lagi beliau adalah seorang Menteri Besar yang bersih, disenangi oleh rakyat dan tidak terpalit dengan sebarang tuduhan salah laku moral, pecah amanah serta rasuah yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap parti dan kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.