LU ORANG PUNYA MULUT BANYAK CILAKAK - Pak Karamu
Pertandingan tiga penjuru: Berhenti jadi hero!
SHAH ALAM - Semua pihak daripada Pakatan Harapan atau Pas diminta
berhenti menjadi hero agar kemelut yang berlaku melibatkan kedua-duanya
dapat dirungkaikan.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Elizabeth Wong berkata,
tindakan berkenaan harus dihentikan segera bagi memastikan tidak berlaku
pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang.
“Jika ia berlaku, akhirnya komitmen kita nak pastikan BN tumbang akan
tersasar,” katanya ketika diminta mengulas mengenai akan berlaku
pertandingan tiga penjuru pada PRU14 nanti melibatkan calon Pakatan
Harapan, Pas dan BN.
Beliau yang juga Adun Bukit Lanjan berkata, pihaknya menolak keras
pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, Pas dan BN yang akan
memberi peluang kepada BN untuk menang.
“PRU tinggal dua tahun lagi, harapan rakyat tinggi pada kita jadi jangan musnahkan harapan mereka itu,” katanya.
Menurutnya, pilihan raya sebelum ini menunjukkan banyak kegagalan berlaku kesan daripada pertandingan tiga penjuru.
“Jika Pakatan Harapan dan Pas nak juga berlaku pertandingan tiga penjuru lawan BN... baik tak perlu bertanding,” katanya.
1 orang berkata:
lu lagi celaka .bukan cilakak,siapa yang memulakan isu sehingga pakatan pecah .hentam DAP siang malam .di segenap pelusuk hanay di Selangor Pas sanggup jadi babi tunggangan DAP .mana maruah.? cakap berdegar2 tetapi kena DAP selangor senyap .
Post a Comment