Jika ekonomi kita teruk, AS bantu tak?
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen (BN-Semporna), Datuk Seri Shafie Apdal
hari ini membangkitkan soalan kepada Dewan Rakyat susulan perancangan
Malaysia menyertai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Menurutnya, Malaysia perlu mengambil iktibar sebaiknya terhadap kemelut
ekonomi yang berlaku terhadap Jepun dan China, mutakhir ini.
"Apa akan berlaku kalau ekonomi Amerika Syarikat (AS) jatuh? Kita mesti
tolong AS kerana kita sebahagian daripada mereka. Tapi apa akan berlaku
kalau ekonomi Malaysia jatuh? Adakah mereka akan tolong kita?
"Ini antara yang kita perlu lihat dan pastikan supaya perdagangan ini
dapat ditimbang...bukan bererti saya menolak bahawa perdagangan ini
memang baik," katanya ketika mengakhiri hujahnya membahaskan usul
berkaitan TPP, di sini, hari ini.
Ucapan penutup Syafie itu disambut sorakan ahli-ahli Parlimen dipercayai dari barisan pembangkang.
Pembahas seterusnya, Ahli Parlimen (Amanah-Kuala Krai), Mohd Hatta
Ramli pada awal ucapannya sempat memuji ucapan penutup Syafie itu.
"Saya teruja dengan 'closing remark' daripada Semporna tadi. Memang
sempurnalah. Mungkin kita boleh harap satu undi dari Semporna," katanya.
Sebelum ini, Shafie ada menyentuh soal pindaan akta yang perlu dilakukan Malaysia demi TPP.
"Saya sedar dan tahu usul ini bukan hanya membabitkan pindaan akta
tetapi perubahan struktur fundamental. Kita perlu melihat secara
mendalam.
"Tidak bererti apabila saya membangkitkan persoalan-persoalan ini, saya menidakkan...saya menyokong. Tidak," katanya.
Tegasnya, kerajaan perlu memastikan rakyat sudah bersedia berdepan
persaingan termasuk dari kalangan peniaga dan kerajaan-kerajaan negeri
bukan hanya menumpu kepada perubahan struktur perundangan.
"Apakah langkah-langkah untuk memastikan keupayaan kita untuk
memantapkan, supaya peniaga-peniaga kita bukan hanya dari segi tenaga
kerja, modal tapi juga untuk pastikan mereka mempunyai akses untuk
dipasarkan.
"Kita nak cakap tentang pasaran yang lebih besar. Tapi berapa pasti
kita mampu menawan pasaran itu dengan adanya batasan keupayaan kita?,"
katanya.
Katanya, negara perlu mempunyai jaminan terhadap penyertaan ekonomi Bumiputera dan orang Melayu dalam TPP.
"Kalau tidak ada jaminan, apa akibatnya?," tanyanya.
1 orang berkata:
Saya ingin menyampaikan kepada
seluruh TKI yang bekerja di negeri orang ,,
saya PAK DENDI seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang
sempat saya putus asa, apa lagi istri dengan keadaan hamil
dan gaji aku pun buat makansehari2 saja, sedangkan hutang banyak.
kebetulan istri saya buka-buka facebook mendapatkan
nomor MBAH KASENG katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL ,,dengan keadaan susah jadi saya coba
hubungi MBAH karna saya pikir tidak ada salah,nya kita coba dan minta
angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan MBAH 6D dan alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudarah di indonesia maupun di
luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda dengan meriktualkan angka togel ghaib SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA 2D,3D,4D,5D, Atau 6D yang betul-betul tembus
hubungi MBAH KASENG di nomor 0823-1434-8847 silahkan anda buktikan sendiri
demi allah saya sudah membuktikan angka dari MBAH sekrang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!
Post a Comment