Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUKHRIZ DIKELILINGI SONGKOK PUTIH

MUSTAJAB DO'A SEPANJANG MASA, KALO TETIBA BERDO'A SEBAB ADA MUSIBAH MAKA DO'A TAK MUSTAJAB - Pak Karamu
 
 
Isu MB: Mukhriz terima apa juga keputusan
Mukhriz
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua, kiri) mengaminkan doa selepas selesai Solat Hajat pada Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Memohon Keamanan dan Kemakmuran Negeri Kedah di Masjid Kampung Sanglang malam tadi - Foto Bernama
 
JERLUN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan dirinya‎ susulan pergolakan politik di negeri ini, serta tekanan untuk beliau berundur daripada jawatannya. 
 
Pada masa sama, beliau meminta rakyat Kedah terutama penyokongnya supaya bertenang dengan apa yang sedang berlaku dan tidak menimbulkan kekecohan.

Beliau berkata apa sahaja berlaku dalam krisis itu, biarlah sebarang‎ keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk Kedah dan negara.

"Saya sentiasa bersedia (untuk apa jua kemungkinan). Saya tawakal, cepat atau lambat (perubahan berlaku) saya percaya kebaikan yang diperjuangkan akan menjadi kenyataan," katanya ketika berucap pada satu majlis di Kampung Sanglang di sini malam ini.

"Saya tak takut apa jua tindakan yang (mungkin) dikenakan ke atas saya. Saya seorang yang percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya," tegas beliau.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak kebelakangan ini apabila barisan‎ kepimpinan Umno Kedah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.