Keputusan Peguam Negara bangkit banyak pertanyaan
SHAH ALAM - Keputusan ‘membebaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak daripada skandal dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd
menimbulkan banyak pertanyaan dan lebih kepada situasi pelik, kata
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, baru 10 hari lalu SPRM dapati perdana menteri mungkin
melakukan jenayah, namun secara tiba-tiba menukar nada dalam laporan
terbaru dan beliau tidak bersalah.
“10 hari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memulangkan
kertas siasatan SPRM berkaitan, tetapi mengapa Peguam Negara tidak
hantar semula kertas siasatan kepada SPRM untuk cari punca perbezaan
hasil penyiasatan ketara?
“Apa penambahbaikan atau penemuan baru dalam kertas siasatan terbaru
SPRM kepada Peguam Negara sehingga Peguam Negara bertindak seperti Hakim
Negara dengan membuat deklarasi untuk tidak mendakwa perdana menteri
kelmarin dan bukan 10 hari yang lalu,” soalnya.
Katanya, jika 10 hari lalu, SPRM dapati perdana menteri tidak melakukan
jenayah, mengapa Peguam Negara tidak umum perdana menteri bersih ketika
itu dan mengapa kertas siasatan yang membersihkan perdana menteri
diterima bulat-bulat tanpa minta siasatan lanjut.
“Peguam Negara menyatakan perdana menteri pulangkan RM2.03 bilion
daripada RM2.6 bilion kepada pendermanya. Peliknya, Peguam Negara tidak
nyata atau ambil kisah bagaimana RM570 juta dihabis perdana menteri.
Apakah SPRM juga tak sentuh bab ini?," katanya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan kesediaan Peguam Negara
menerima pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji
(TH) sedangkan ia boleh menimbulkan lebih banyak spekulasi negatif
berkaitan jawatan Peguam Negara yang disandang amat sensitif dan
bersifat bebas.
“TH semalam (kelmarin) menegaskan mereka tiada masalah kewangan malah
mengingatkan pendeposit, bahawa nilai aset TH mestilah mengambil kira
keseluruhan nilai saksama portfolio pelaburan mereka.
“Ini kerana nilai aset dinyata tidak mengambil kira portfolio pelaburan
seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset
perladangan dan hartanah diduduki TH," katanya.
2 orang berkata:
Duit tu kan dah dibelanja utk pilihan raya lepas.kot rosmah buat beli beg biskinpun apa boleh kata sbb duit tu derma peribadi utk najib.jd suka dia la nak belanja ke nak pulangkan ke.ha ha lucu siot ada org pulangkan duit derma bilion bilion.jika najib jawab dia dah bg reza beli rumah dgn buat filem lg belanja jholo enjoy ada org nak tanya lg ke.boleh la dia jawab.suka hati aku la org derma utk aku.
KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…
*angka ritual gaib singapura
*angka ritual gaib hongkong
*angka ritual gaib malyaisia
*angka ritual gaib sidney
*angka ritual gaib kuda lari.
Post a Comment