Netizen Kedah undi Mukhriz, sayang Mukhriz
SHAH ALAM - "Ini sangat menjengkelkan. Kedahan (rakyat Kedah) sayangkan
Mukhriz jadi kenapa anda (mahu) turunkan dia dari jadi Menteri Besar.
Kedah undi untuk BN untuk Mukhriz, bukan untuk BN," kata seorang pelayar
di laman Twitter.
Tinjauan Sinar Harian Online di laman sosial mendapati majoriti pelayar
terkejut dengan khabar mengenai Umno Kedah yang hilang kepercayaan
terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
[ARTIKEL BERKAITAN: Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz]
Berikut adalah antara pendapat umum pelayar laman sosial mengenai isu tersebut.
"Bubar je Dun... baru la tahu siapa tumbang siapa kekal dan siapa menteri besar... baru boleh tahu menteri besar kekal atau yg baru.... aku sokong yg jujur dan ikhlas dan tak mengumpat pemimpin lain..
"Saya orang Johor, walaupun dah tak bersama Umno, saya tetap sokong Datuk Seri Mukhriz terus menjadi peneraju Kedah," kata Tajuddin di laman Facebook.
"Senyap kejap cerita bauksit, TPP, 1MDB, IS dan 2.6bil. Mereka berjaya ubah cerita panas yang lain.... Bersabar DSMM anda sedang diuji," luah Ezwanrahimy di laman sama.
"Kalau hampa pecat Mukhriz dari jawatan MB hampa tengok la nasib hampa. orang nak berbaik sesama Melayu, hampa nak pancung memancung pula. Cukup la dok bergaduh, buat apa. Tak malu kat rakyat jelata ka?" kata Hasbullah.
"Tak nampak di mana kekurangan dan kelemahan Datuk Seri Mukhriz pada mata rakyat Kedah. Sebagai rakyat Kedah kami merasa amat terhina dengan perbuatan segelintir penguasa Umno Kedah yg brtindak biadap dan kurang ajar terhadap pemimpin yang dilantik secara jujur dan ikhlas oleh rakyat Kedah," jelas Fauzi kecewa.
Malam semalam, Sinar Harian melaporkan, ribuan penduduk Kedah masih menunjukkan sokongan terhadap Mukhriz ketika Himpunan Menyokong Kepimpinan beliau di bangunan Tunku, Alor Setar, Kedah.
[VIDEO BERKAITAN: 'Kami Nak Datuk Mukhriz']

1 orang berkata:
adidas stan smith
new england patriots jersey
longchamp sale
hermes belts for men
michael kors outlet store
hermes belt
adidas shoes
adidas nmd
cheap jordans
cheap jordans
Post a Comment