'Tok guru pesan terus istiqamah bersama Hadi'
SHAH ALAM - Ada tiga pesanan yang ditinggalkan oleh bekas Menteri Besar
Kelantan Allahyarham, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada saya, kata
pendakwah, Ahmad Dusuki Abd Rani.
Ahmad Dusuki merupakan anak saudara kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz
berkata tiga pesanan itu ialah perlu istiqamah dalam perjuangan bersama
Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, perjuagan dalam bermasyarakat dan
dalam merapatkan ikatan kekeluargaan.
"Pertama beliau (Tok Guru) suruh istiqamah dengan Tok Guru Abdul Hadi
Awang, maknanya perjuangan ini jangan sesekali jauh dengan Abdul Hadi
kerana diakhir-akhirnya Nik Abdul Aziz ada menyebut Hadi Awang antara
ALLAH beri kelebihannya yang tersendiri, iaitu sehingga dua kali
bermimpi bertemu Rasulullah, oleh itu jangan lari daripada perjuangan
walaupun berbagai ujian yang menimpa sekalipun jangan tinggalkan Hadi,"
katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Darul
Thibbun Nabawi di Shah Alam di di sini hari ini.
Katanya lagi, sementara perjuangan dalam masyarakat pula Nik Abdul Aziz
memesan agar saya menyempurnakan pembinaan beberapa buah sekolah
tahfiz, dan masjid untuk kegunaan masyarakat setempat.
"Sementara dalam mengeratkan ikatan kekeluargaan pula Tok Guru memesan
agar menjaga ikatan kekeluargaan dan berpesan agar tidak berpecah
belah," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment