Wisma Umno Jerlun sunyi
ALOR SETAR - Wisma Umno Jerlun di Ayer Hitam , di sini sunyi tanpa
sebarang aktiviti.
Tinjauan petang semalam mendapati pekarangan pejabat itu
lengang dan tidak berpenghuni berkemungkinan disebabkan cuti
hujung minggu.
Namun, beberapa kain rentang yang menyokong kepimpinan
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dilihat digantung
di situ.
Tinjauan di pusat khidmat Adun Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad
Bashah Md Hanipah di Jalan Putra di sini juga lengang pada sebelah
petang.
Pintu luar pejabat berkenaan ditutup dan tiada sesiapa dilihat berada
di dalam pejabat.
Terdahulu pada sebelah pagi, kira-kira 30 penyokong hadir
menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Mukhriz selain mahu
Menteri Besar Kedah itu dikekalkan jawatandi hadapan pusat
khidmat berkenaan
.
0 orang berkata:
Post a Comment