Azalina gesa henti persoal keputusan Peguam Negara
SHAH ALAM – Semua pihak perlu menghormati keputusan Peguam Negara yang
mengesahkan bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said
berkata, ia adalah keputusan yang dibuat setelah meneliti laporan yang
dikemukakan daripada pelbagai sudut.
Oleh itu, katanya, semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu patuh kepada keputusan tersebut.
“Ia adalah keputusan yang patut dihormati. Untuk itu semua pihak perlu berhenti membahaskannya terutama di dalam media sosial.
“Ketiga-tiga kertas siasatan SPRM tersebut termasuk melibatkan dana
RM2.6 bilion dan dua kes membabitkan kes SRC International,” katanya
menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut Azalina lagi, mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan
Peguam Negara dalam mengendalikan pendakwaan, tidak mempunyai asas untuk
mencabarnya di mana-mana korum.
“ Di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh
dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau
memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di
hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.
“Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara
145(3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh
mana-mana kuasa termasuk Mahkamah,” jelasnya.
2 orang berkata:
TOLAK PAS PILIH AMANAH - TPPA
Senang cakap tak dibenarkan soal jawab di malaysia.tanda soal diharamkan.bukan amanahlah anon 149 tp pandir nama pendeknya.nama pjgnya pandirkutty imayam inikulek makna dia parti habuk pun tarak jilat dap je lebih dgn kutuk pas@tak ada kerja punya parti
Post a Comment