LANGKAWI - "(Datuk Seri) Mukhriz (Tun Mahathir) pun masih senyum melihat 
pertumbuhan sektor pelancongan yang semakin menggalakkan di Kedah
terutama Langkawi," demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib 
Tun Razak.

Beliau berkata, pertumbuhan yang memberansangkan, terutama dari 
segi pertambahan pelancong ke Langkawimenggembirakan banyak pihak.

"Perkembangan yang berlaku di Langkawi menyebabkan ramai
 yang gembira termasuk penduduk tempatan.

"Saya tengok ramai yang gembira. Saya nampak Rawi (Adun Ayer
 Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid), Nawawi (Ahli Parlimen 
Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad) gembira kerana makin banyak 
pelancong tiba dari pelbagai destinasi dengan  penerbangan.

"Saya tengok Mukhriz pun gembira kerana Langkawi sudah 
melangkah ke  tahap lebih tinggi dalam industri pelancongan,
" katanya ketika nerasmikan penerbangan sulung Air Asia 
dari Ghuangzhou ke Langkawi di sini, hari ini.

Mukhriz kelihatan tersenyum ketika mendengar seloroh itu.

Najib berkata penerbangan terus ke Langkawi akan memantapkan
 lagi kedudukan Langkawi dri segi menjadi pilihan utama sebagai
destinasi pelancongan terutama dari China yang mempunyai pasaran
 begitu besar‎
.