Syria: Pemuda Pas desak campur tangan OIC
SHAH ALAM - Pemuda Pas mendesak campur tangan Pertubuhan Kerjasama
Islam (OIC) serta Pertubuhan Negara-negara Arab dalam konflik serangan
yang melanda di Syria terutamanya di bahagian utara Aleppo yang dikuasai
oleh pihak pembangkang.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Pemuda
Pas merasakan serangan ke atas bandar Aleppo perlu dihentikan dengan
segera bagi menghormati gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh
kedua belah pihak antara Kerajaan Bashar Al-Assad dan pihak pembangkang
di Geneva pada penghujung Februari lalu.
“Selain menghentikan serangan, segala jenis bantuan kemanusiaan perlu diberi kepada penduduk Aleppo yang sememangnya sangat memerlukan keperluan asas yang musnah akibat perang,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Susulan gelombang pertama perang yang sudah hampir lima tahun berlaku, Khalil memaklumkan bahawa hampir tiga juta rakyat Syria menjadi pelarian serta mengakibatkan kemusnahan harta benda dan mengorbankan jumlah mangsa yang cukup besar.
Khalil berkata, berikutan gencatan senjata yang dipersetujui sebelum ini dicabuli, serangan pada kali ini benar-benar melumpuhkan bahagian utara bandar Aleppo dengan hampir 12,000 keluarga masih terperangkap malah dianggarkan seramai 350,000 - 400,000 orang masih berada di sana.
“Jika keadaan berterusan, tentunya angka korban yang lebih besar akan berlaku akibat serangan bertali arus ini.
“Dengan hampir keseluruhan bahagian utara Aleppo lumpuh termasuk hospital serta kemudahannya hampir musnah, tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan penghuninya melainkan lari meninggalkan bandar tersebut namun masih ramai yang terperangkap,”katanya.
Dalam pada itu, Khalil memaklumkan bahawa Pemuda Pas turut mendesak Kerajaan Malaysia yang merupakan antara negara anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memainkan peranan penting dalam mendesak agar serangan tersebut dihentikan serta merta.
Tambah beliau, keadaaan terdesak ini perlu disegerakan agar Aleppo tidak menjadi seperti Palestin yang sudah dijarah serta ditindas oleh Rejim Zionis Israel sejak sekian lama.
“Palestin harus dijadikan contoh agar tindakan zalim serta tidak berperikemanusiaan ini dihentikan segara agar penduduk Aleppo tidak terus ditindas dan dizalimi berterusan,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment