Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA MEREKA MANUSIA, HUMBAN MEREKA KEKANDANG HAIWAN

Gadis 22 tahun disyaki mati didera
Kes dera
Grafik Sinar Online

KEMAMAN - Ada kesan kemasukan pada bahagian alat sulit depan dan belakang gadis berumur 22 tahun yang disyaki mati didera hasil bedah siasat serta pemeriksaan perubatan lanjut yang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, cecair dalam alat sulit mangsa juga telah diambil untuk dijalankan siasatan forensik.

Katanya, empat ahli keluarga mangsa iaitu bapa kandungnya yang berusia 49 tahun, ibu tiri, 35, dan adik perempuan, 21 serta adik lelakinya, 14, juga telah dibawa menjalani ujian gigi di Hospital Kemaman semalam.

"Dari keadaan mangsa yang kurus kering dengan berat cuma 18 kilogram kita percaya mangsa tidak diberi makan lebih dari tiga minggu.

"Hasil bedah siasat punca kematian mangsa disebabkan kebuluran dan berlaku jangkitan kuman," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, hari ini.

Mangsa yang merupakan anak kedua daripada empat beradik meninggal dunia pada 26 April lalu di rumahnya di Batu 5, Binjai.

Kes kematian itu menimbulkan rasa curiga apabila bapa mangsa yang bekerja sebagai mekanik membuat laporan pada hari kematian anaknya itu bahawa anak gadisnya itu meninggal dunia disebabkan demam panas.

Mangsa dipercayai didera keluarganya berikutan tubuhnya dipenuhi dengan kesan gigitan manusia dan kecederaan termasuk lebam di bahagian mata selepas dua bedah siasat dilakukan ke atas mayat mangsa.

Berikutan itu, empat ahli keluarga mangsa ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan lanjut kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kata Mohd Said, jika siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu pihak polis akan memohon tempoh tahanan reman dilanjutkan lagi.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.