Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

05 November, 2011

Cuba Lihat.. Polis Ni Buat Apa?

Hampir 20 anggota polis ‘menyerbu’ Pejabat PAS Kalabakan sebagai usaha menghalang orang ramai daripada mendengar penjelasan mengenai penjualan pulau-pulau Sabah oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu. Menurut Naib Ketua Pemudanya, Noryusri Ahmad, kejadian ini merupakan situasi pertama yang berlaku di Tawau sepanjang sejarah penganjuran ceramah umum, termasuk yang melibatkan tokoh politik PAS dari semenanjung yang hadir berceramah di situ.

“Ramai pimpinan PAS dari semenanjung datang ke sini, termasuk Mohamad Sabu pernah ceramah di Tawaupun tidak berlaku seperti malam ini. Dulu yang datang hanya 2-3 orang sahaja termasuk Cawangan Khas. Tapi malam ini umpama satu batalion datang menakut-nakutkan orang ramai yang mahu mendengar isu pulau,” dakwanya.

Sementara itu, Lahirul yang dalam ucapan ceramahnya kepada orang ramai yang hadir menegaskan, kehadiran anggota polis yang begitu ramai bukanlah penyebab utama halangan untuk beliau dari terus mengadakan ‘road show’ ke seluruh pelusuk negeri Sabah bagi memberi kefahaman dan maklumat berhubung isu tersebut; termasuklah mengenai isu tanah rakyat Sabah yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sehingga ke hari ini.


“Datanglah berapa puluh ribu sekalipun, saya sama sekali tidak berganjak untuk menoleh ke belakang membelakangi hak rakyat Sabah,” tegasnya. Beliau juga mendakwa, Ketua Menteri Sabah sebagai Menteri yang ‘pengecut’ kerana tidak berani menyahut cabaran Pemuda PAS berhubung isu tersebut yang sudah melepasi tempohnya.


“Musa Aman terpaksa menggunakan polis sebagai usaha terdesak beliau mengekang dari maklumat ini sampai kepada rakyat.” Beliau sebelum ini mengasak Musa Aman untuk turut berada di lapangan politik Sabah sebagai ‘anak tempatan’ yang bertindak sebagai penjaga amanah dan menghalang dari khazanah negeri tergadai bukan mendiamkan dirinya.


Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan turut bertindak menghalau keluar tiga anggota polis yang menyamar sebagai orang awam daripada menyertai majlis penerangan tersebut. “Malam ini, kebanyakan Mat Rempit serta penjenayah bersenang-lenang merempit dan merompak apabila polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan awam bertindak mengawasi perjalanan ceramah PAS,” sinisnya semasa berucap menyampaikan ceramahnya.

Walaupun kehadiran polis seramai itu, namun ianya tidak menggentarkan hampir 100 orang yang datang dari Semporna, Tawau serta Kalabakan. Jumlah tersebut bagaimanapun dijangka meningkat setelah kebanyakan darinya terpaksa berpatah balik apabila mengetahui kehadiran polis yang begitu ramai.


Isu penjualan pulau Sabah kini tersebar luas setelah kenyataan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal yang mengakui terdapatnya pulau-pulau yang ingin dijual.


Penjualan pulau-pulau ini, bagaimanapun mendapat bantahan serius oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang menjalankan pelbagai usaha menghalang penjualan pulau tersebut termasuklah menghantar memorandum bantahan serta yang terbaru melancarkan kempen ‘Selamatkan Pulau Sabah’; dengan mengutip tandatangan rakyat sebagai tanda sokongan bantahan yang mensasarkan 100,000 tandatangan untuk diserahkan kepada Musa Aman; serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen.


Lahirul bersama Ketua Penerangan dan rombongan kini dalam rangka lawatan kerja pilihanraya dan Penerangan Pemuda PAS ke kawasan Kudat, Lahad Datu, Kota Kinabatangan, Sandakan, Semporna dan Kalabakan termasuk melawat beberapa buah pulau yang diiklankan untuk dijual./
sabahkini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.