Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA YANG KATA KERAJAAN PUASAT TAK DE DUIT, BAYAR GAJIPUN BANK TOLONG URUSKAN !

 DEME TAK PATUT BETULLAH ! ADA KE PATUT DEME KATE KERAJAAN TAK DE DUIT ? BAYAR GAJI PEKERJAPUN BANK DAHULUKAN ! DEME YANG TUDUH TU TAK PATUT BETULLAH ! CUBALAH DEME-DEME TU BUKTIKAN BANK MANA YANG BERI HUTANG UNTUK BAYAR GAJI KEPADA KAKITANGAN AWAM ?

Pertumbuhan Malaysia boleh cecah hingga 6 peratus, kata Najib

November 20, 2011
Najib berkata pertumbuhan ini membuktikan kemampuan kerajaan BN. — Foto fail
 
KUALA LUMPUR, 20 NovDatuk Seri Najib Razak berkata Malaysia boleh mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak lima hingga enam peratus menjelang akhir tahun ini menerusi perancangan kerajaan yang rapi, dasar yang mantap serta pelaksanaan yang berkesan. 
 
 
Perdana Menteri yakin dengan kemungkinan itu kerana tiga ramuan penting kerajaan itu terbukti berkesan dalam membangunkan negara selama ini.

“Kita dapat membuktikan bahawa kita mampu membawa kejayaan kepada negara. “Kejayaan itu adalah kerana Barisan Nasional (BN) adalah parti yang sudah diuji dan berjaya membuktikan kemampuan kita dalam membangunkan negara,” kata beliau yang juga Presiden Umno.

“Kejayaan ini amat bermakna sekali kerana kita sudah membuat perancangan rapi. Suku ketiga kita capai 5.8 peratus (Insya-Allah), kemungkinan lima hingga enam peratus menjelang akhir 2011,” kata beliau pada majlis perasmian penutup Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 di sini.

Dipetik Bernama, Najib yang juga Presiden BN berkata, pertumbuhan suku ketiga itu adalah bukti yang dapat menolak tohmahan pihak pembangkang mengenai kebenaran pertumbuhan itu.

“Kalau ada yang mengatakan pertumbuhan 5.8 peratus ini tak mungkin, pembangkang mengatakan tidak betul dan tersasar tapi kita membuktikan bahawa pada suku ketiga, kita mendapat 5.8 peratus,” kata beliau.

Najib berkata Malaysia bertuah kerana berada di bawah kategori negara yang masih mengalami pertumbuhan ekonomi dan mampu menyediakan pekerjaan kepada rakyatnya.

Beliau berkata, ini adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang berada di bawah kategori negara yang mengalami pertumbuhan tetapi tidak mampu menyediakan pekerjaan serta Itali dan Greece yang berada di bawah kategori negara yang mengalami penguncupan dari segi ekonomi dan mempunyai banyak masalah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.