Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGAIMANA ORANG POLITIK DAPAT MENGENEPIKAN FAHAMAN POLITIK TERUTAMA PAS ?

Harussani masih bawa harapan mahu satukan PAS-Umno

November 18, 2011
Harussani bersetuju dengan Dr Mahathir yang mendakwa pegangan politik Melayu akan hilang dalam masa 10 tahun jika tidak bersatu. — Foto fail
 
ANALISIS, 18 Nov — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan satu perkara — beliau masih tidak jemu-jemu untuk bercakap tentang perpaduan Melayu khususnya kerjasama politik PAS-Umno. 
 Beliau tetap konsisten dengan pendirian mahu mengikat kerjasama politik antara PAS dan Umno — idea yang beliau cuba bawa sejak keputusan pilihan raya umum ke-12.

Ekoran kehilangan kuasa Barisan Nasional (BN) di Perak pada 8 Mac 2008, Harussani telah berhubung dengan beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pendirian mereka kekal — tidak kepada kerajaan perpaduan membabitkan PAS-Umno. Nik Aziz tidak mahu nasib tahun 1970-an berulang.

Dua muktamar tahun PAS yang lalu dengan tegas menyatakan pendirian itu dan mahu kekal dalam kerjasama Pakatan Rakyat.

PAS menyertai kerjasama Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12. Sehingga kini ia selesa dengan persekitaran dalam perikatan itu.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini, Harussani berkata beliau mahu melihat orang Melayu terus bersatu, bukan sahaja di Perak malah di seluruh Malaysia. Sudah berulang kali beliau mengulangi pendirian yang sama.

Penelitian rambang menunjukkan lebih 10 kali beliau bercakap pasal soal itu sejak Mac 2008.
Baginya, ia perlu diperingatkan dari semasa ke semasa supaya orang Melayu sedar betapa pentingnya bersatu padu di kalangan mereka.

Pemimpin agama berusia 72 tahun ini berkata beliau akan terus bercakap soal kerajaan perpaduan Umno-PAS ini. Katanya, sepatutnya beliau sudah berehat di rumah tak perlu bekerja dengan kerajaan pada usia yang sudah lanjut ini.

Tegasnya, tetapi demi sayangkan bangsa, beliau rela pegang jawatan Mufti Perak sebagai lambang penyatuan umat Islam.

Beliau tidak memihak kepada sesiapa sama ada Umno atau PAS. Sebab itu, beliau mahu Umno dan PAS mengetepikan fahaman politik demi perpaduan Melayu.

“Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus mahu melihat  kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau amat bimbang dengan perpecahan yang berlaku sekarang kerana lambat laun kuasa politik Melayu akan hilang dan beliau bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Matahir Mohamad bahawa pegangan politik Melayu akan hilang dalam masa 10 tahun lagi jika orang Melayu terus berpecah.

Bagi PAS irama itu tiada asas. Bagi parti Islam itu jika pun Umno tidak berkuasa, nasib Melayu akan terus terbela.PAS sebelum ini berkata pihaknya akan meneruskan perjuangan itu menerusi ikatan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Harussani kata, beliau sedih apabila apabila PAS menolak perpaduan dan mahu kekal bersama DAP dan PKR dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang menyaksikan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS menjadi Menteri Besar Perak.

Beliau yakin dengan pepatah Melayu carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum juga. Dan, beliau yakin suatu hari nanti PAS akan sedar kesilapan mereka dan kembali bergabung dengan Umno demi perpaduan Melayu.

Sehubungan itu, beliau juga meminta semua pihak tidak bertelingkah mengenai isu yang remeh temeh seperti haji seseorang itu sah atau tidak.

Katanya, “kita banyak membuang masa membicarakan isu yang remeh temeh sebaliknya isu yang lebih besar seperti perpaduan Melayu diketepikan.”

Misalnya kata beliau, tidak timbul haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sah jika benar beliau menghabiskan awal hajinya. “Jika benar tuduhan itu, haji beliau tetap sah cuma beliau kena bayar dam,” katanya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.