Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANYAKNYA HUTANG


Pahang gagal bayar hutang Persekutuan ikut jadual

Posted on Thursday, November 10 @ 18:22:12 PST by Paktam


Hutang kerajaan negeri Pahang kepada kerajaan Persekutuan pada tahun 2010 meninhttp://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2009/04/adnan-yaakob.jpggkat sebanyak RM112.60 juta atau 5.2 peratus.Peningkatan tersebut disahkan Jabatan Audit Negara dalam Laporan Audit 2010 iaitu menjadi RM2.28 bilion berbanding RM2.17 bilion pada tahun 2009.
Kerajaan negeri dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek pembangunannya.


Peningkatan tersebut disebabkan pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM64.30 juta berbanding bayaran balik berjumlah RM8.57 juta.
Pada tahun 2010, kerajaan Pahang telah menjelaskan bayaran balik pinjaman berjumlah RM8.57 juta.
Penjelasan dibuat melalui dua cara iaitu pembayaran dengan peruntukan kerajaan negeri dan peruntukan hapus kira atau geran oleh kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun dedah Laporan Audit sebanyal RM5.97 juta atau hanya 39.7 peratus dijelaskan oleh kerajaan Pahang bagi Projek Bekalan Air dan Projek Perumahan Awam Kos Rendah berbanding RM15.04 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

Manakala, sebanyak RM2.60 juta diselaraskan melalui peruntukan hapus kira oleh Kerajaan Persekutuan bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar.

Selain itu, Kerajaan Negeri mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM348.77 juta termasuk jumlah pokok dan faedah berbanding RM540.01 juta pada tahun 2009.

“Penurunan tunggakan bayaran balik pinjaman berjumlah RM191.24 juta atau 35.4 peratus disebabkan penjadualan semula pinjaman sektor Projek Perumahan Awam Kos Rendah, sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan sektor Pelbagai Projek.

“Kedudukan tunggakan bayaran balik pinjaman bagi tempoh 2006 hingga 2009 menunjukkan peningkatan tetapi menurun pada tahun 2010,” jelas laporan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Audit Negara mengingatkan kerajaan negeri perlu menjelaskan tunggakan bayaran balik hutang kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM26.40 juta.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.