Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BORN TO BE

05 November 2011

Ahli Parlimen BN Di Tuduh Terima Rasuah Setengah Juta

Tidak siapa menyangka Ahli Parlimen Silam yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Duta Keamanan PBB’ yang kini berstatus ‘DR’ Haji Salleh Kalbi didakwa telah menerima rasuah RM500,000, tidak termasuk sebuah kereta Honda Accord daripada kontraktor IGM Enterprise sebagai imbalan kerana berjanji untuk melobi tiga projek jalan raya di parlimen Silam.

“Fang Choi Ming ada menghubungi saya mengadu bahawa Salleh enggan mengembalikan kereta Honda Accord yang digunakan isterinya dan wang RM500,000 yang telah diambilnya kerana bimbang Salleh akan mengganggu perniagaan beliau dan meminta saya melaporkan isu ini kepada SPRM,” kata Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Citra Masadi yang juga seorang kontraktor dan pernah diganggu Salleh kerana enggan memberikan rasuah.



Menurut Citra, Fang memberitahu beliau, Salleh tidak bersungguh-sungguh membantunya dan sering mengelak setiap kali cuba ditemui. Sehubungan itu, Citra telah membuat laporan polis di Balai Polis Tawau melalui laporan yang bernombor KNK/RPT/2447/2011 yang isi kandungannya seperti berikut;


“PADA lebih kurang jam 7.45 malam, saya datang ke balai polis untuk membuat laporan ke atas Ahli Parlimen Silam, YB Haji Salleh Kalbi kerana telah menggunakan lambang jata persekutuan yang dikhaskan untuk Ahli Parlimen sahaja; malangnya lambang tersebut juga boleh digunapakai oleh kenderaan milik IGM Enterprise Sdn.Bhd seperti yang disiarkan dalam portal sabahkini.net dan saya juga difahamkan IGM Enterprise Sdn.Bhd telah merasuah YB Salleh Kalbi sebanyak RM500,000 beserta sebuah Honda Accord untuk mendapatkan projek membina Jalan Ulu Teburi, Jalan Putatan Baru dan Jalan Opak-Mensuli.

Bagaimanapun IGM Enterprise Sdn.Bhd telah gagal mendapatkan projek tersebut dan pihak IGM Enterprise Sdn.Bhd telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka takut membuat laporan polis kerana YB Salleh Kalbi mempunyai kuasa di Lahad Datu. Tujuan laporan ini dibuat agar pihak SPRM menjalankan siasatan serta mengambil tindakan ke atas YB Salleh Kalbi. Sekian laporan saya.” Dalam pada itu, Salleh Kalbi yang dihubungi enggan menjawab panggilan telefon sekalipun telah dihubungi beberapa kali.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.