Najib temu ketua komponen BN hari ini, dipercayai sentuh peruntukan kerusi
November 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Nov — Datuk Seri Najib Razak dijadual mengadakan pertemuan dengan ketua parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini susulan pertemuan Jumaat lalu - dipercayai bagi memperhalusi soal bakal calon dan pembahagian kerusi pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan pertemuan hari ini, yang masa dan tempatnya belum ditentukan lagi, akan memfokus ke atas aspek berkenaan memandangkan pucuk kepimpinan telah menetapkan bulan depan sebagai tempoh menyediakan senarai akhir calon yang bakal diturunkan nanti.
“Agenda pertemuan esok (hari ini) belum diketahui lagi, tetapi Datuk Seri Najib (gambar) hendak jumpa dengan kami... kemungkinan untuk memberi input dan pandangan mengenai soal calon dan pembahagian kerusi,” kata seorang pemimpin parti komponen kepada The Malaysian Insider.
“Masa pertemuan hanya akan diketahui esok selepas Datuk Seri Najib balik dari luar negara,” kata beliau lagi sambil menambah, “tetapi pertemuan esok bukan indikasi pilihan raya akan berlangsung tahun ini.”
“Saya tidak melihat pilihan raya tahun ini, mungkin tahun depan... tapi bukan tahun ini, yang itu pasti,” katanya lagi.
Najib yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat lalu telah bertolak ke Hawaii sejurus selepas pertemuan itu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dan akan pulang ke tanah air pagi ini.
Justeru Najib yang juga Perdana Menteri dan Presiden Umno dijangka bertemu dengan kesemua ketua komponen BN lewat petang atau malam ini.
“Datuk Seri Najib sendiri sudah memaklumkan ketika mesyuarat Jumaat lalu bahawa beliau mahu bertemu dengan semua presiden parti komponen (sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air),” kata pemimpin itu.
Seorang lagi pemimpin berkata pihaknya sudah pun menghantar senarai nama calon kepada Najib beberapa bulan yang lalu untuk pertimbangan dan penelitian beliau.
“Nama-nama telah pun dihantar, bukan ikut kerusi atau kawasan yang ditandingi, yang diperuntukkan ketika pilihan raya umum lalu, tetapi satu senarai kasar secara umum untuk pertimbangan.
“Kemungkinan selepas ini akan disediakan senarai khusus ikut kawasan, ada kemungkinan pertemuan esok (hari ini) akan membuka ruang ke arah itu,” kata pemimpin itu.
Katanya, ia adalah kerana kemungkinan akan ada perubahan kerusi yang ditandingi memandangkan banyak parti komponen khususnya di Semenanjung tewas tiga tahun lalu, misalnya MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
Sebelum ini, Umno meminta komponen BN menyerahkan kerusi yang mereka tewas kepada parti lain untuk disaingi.
Dalam satu temu bual dengan akhbar Umno, Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata calon-calon yang akan diturunkan BN pada pilihan raya umum ke-13 “memang boleh menang dan memberi impak” dengan menekankan bahawa Najib mahukan calon dan kerusi yang boleh menang.
Najib, yang mengetuai BN sejak menyandang jawatan perdana menteri pada April 2009, sebelum ini pernah berkata bahawa mahu memberi tumpuan ke atas faktor calon boleh menang dalam usaha perikatan itu mendapatkan balik majoriti dua pertiga di Parlimen dan menawan kembali negeri-negeri dimenangi Pakatan Rakyat.
Malah Najib juga memperkenalkan strategi meminta parti-parti komponen menghantar senarai bakal calon terlebih awal berbanding amalan-amalan sebelum ini.
“Jadi kami sudah mengemukakan nama bakal calon sebelum, jadi senarai muktamad akan diketahui dan diputuskan bulan depan,” katanya lagi.
The Malaysian Insider difahamkan Najib memanggil pertemuan hari ini sebab beliau akan menghadiri sidang kemuncak Asean dan Asia Timur selepas ini dan disusuli dengan Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini. Beliau dijangka akan bercuti bulan depan.
Spekulasi kononnya Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen Jumaat lalu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dipanggil meleset dengan beliau berkata tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan, dan mesyuarat itu langsung tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya.
Sebaliknya, Najib berkata ia cuma membincangkan usaha yang boleh dibuat untuk memperkuatkan BN supaya parti lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
“Kita juga bincang pentingnya kita kembali kepada semangat dan prinsip BN iaitu hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Menurutnya, perbincangan melibatkan ketua parti-parti komponen BN itu juga tertumpu kepada hal kepentingan bersama.
“Ini supaya kita dapat cari kata sepakat untuk tangani apa juga isu sama ada sensitif atau sebaliknya,” kata Najib.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013. Pada Mac 2008, BN menang di 140 daripada 222 kawasan Parlimen ditandingi dan 307 daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

0 orang berkata:
Post a Comment