Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN BUAT KERJA BODOH, HIMPUN JE SESUKA HATI

Nazri sahkan, RUU Perhimpunan Aman dibentang di Parlimen minggu ini

November 20, 2011
 
KUALA LUMPUR, 20 Nov — Datuk

Seri Nazri Aziz mengesahkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu ini, tetapi tarikh khusus belum ditetapkan lagi.

Mengesahkan laporan The Malaysian Insider hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menjelaskan tarikh pembentangan rang undang-undang tersebut masih belum ditetapkan lagi. Nazri (gambar) berkata perkara itu telah dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Jumaat lalu.

“Bacaan kali pertama akan dilakukan minggu depan (ini)… dan ia akan dibentang oleh YAB Perdana Menteri Malaysia… hari bila kita belum tentukan lagi sebab… tapi bacaan yang pertama itu akan dilakukan minggu depan (ini),” katanya di Padang Rengas.

Sehubungan itu, dipetik Astro Awani, Ahli Parlimen Padang Rengas ini yang bertanggungjawab terhadap Parlimen juga menetapkan empat hari iaitu 24, 29 dan 30 November serta 1 Disember ini bagi rang undang-undang itu untuk dibahaskan.

The Malaysian Insider juga difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang berkepentingan mengenai penggubalan akta baru itu esok.

Terdahulu dalam laporannya, The Malaysian Insider memetik sumber berkata Putrajaya akan membentangkan satu akta baru berkaitan kebebasan mengadakan perhimpunan secara aman susulan keputusan memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis, sebagaimana dijanjikan September lalu, di Parlimen minggu ini.

Antara lain peruntukan penting yang akan dibawa undang-undang itu — yang bakal dikenali sebagai akta kebebasan berhimpun — memerlukan “persetujuan” pelbagai pihak apabila satu-satu perhimpunan awam atau perarakan hendak diadakan.

“Dalam lain perkataan, akta ini akan menyediakan peruntukan mengenai masa, hari dan tempat satu-satu perhimpunan atau perarakan boleh diadakan... misalnya perarakan atau perhimpunan hanya boleh diadakan pada hujung minggu atau hari-hari tertentu, di tempat yang khusus agar tidak mengganggu orang ramai,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.


Sebelum ini ada cadangan bahawa perhimpunan awam boleh diadakan di tempat-tempat khusus seperti stadium.

Difahamkan undang-undang baru itu, yang mirip akta kebebasan perhimpunan awam yang diguna pakai di beberapa negara maju antaranya di United Kingdom (UK) dan Finland, akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Najib sebaik sahaja Bajet 2012 diluluskan. Bajet 2012 dijadual untuk diluluskan Rabu ini.

Di UK, undang-undang kebebasan awam dikenali sebagai Public Order Act manakala di Finland ia dinamakan sebagai Assembly Act.

“Saya difahamkan Datuk Seri Najib akan membentangkan untuk bacaan kali pertama pada 24 November (Khamis ini), jika tiada apa-apa perubahan, kita boleh lihat satu lagi akta baru berkaitan transformasi politik, yang diumumkan beliau September lalu,” kata seorang Ahli Parlimen kepada The Malaysian Insider.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee juga mengesahkan pihaknya telah dipelawa terlibat dalam perbincangan berkenaan akta itu sebelum ini dan menyifatkan ia sebagai perkembangan penting.

Pada 15 September lalu, ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Ketika itu Najib memberitahu kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri telah dimansuhkan bulan lalu manakala pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibentangkan di Parlimen Mac depan selepas dua undang-undang yang bakal menggantikannya siap digubal.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.