Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA TNB TAMBAH HUTANG BERERTI PRU DAH DEKAT

Modal kerja: TNB mungkin perlu tambah hutang

November 08, 2011
KUALA LUMPUR, 8 Nov Tenaga Nasional Bhd mungkin perlu menambah hutangnya untuk membiayai modal kerjanya jika kerajaan gagal menawarkan penyelesaian sementara untuk berkongsi beban kos bahan api yang meningkat.

Dalam ulasan khasnya hari ini, Moody’s Investors Service berkata syarikat utiliti nasional itu menganggarkan ia akan menanggung perbelanjaan tambahan sebanyak RM300 juta sebulan untuk menampung kos tambahan bahan api sebanyak RM1.2 bilion dalam suku keempat tahun ini.

“Sebarang pertambahan hutang Tenaga akan memberi kesan kepada profil kreditnya bagi tahun kewangan 2012.

“Namun demikian, meskipun berlaku tekanan ke atas perlindungan faedah, penarafan firma utiliti itu masih mempunyai ruang bagi gearan yang lebih tinggi sebelum ia mencapai paras yang mendorong penurunan penarafan pada gearan sebanyak 60 hingga 65 peratus,” katanya dipetik Bernama Online.

TNB telah menggunakan rizab tunainya untuk membiayai keperluan modal kerja yang lebih tinggi.

Akibatnya, tunai dalam tangannya susut kepada RM3.9 bilion daripada RM6.3 bilion pada 31 Ogos, 2011 berbanding tiga bulan sebelumnya.

Gearan keseluruhan masih mencukupi dengan nisbah hutang terlaras berbanding permodalan pada 53 peratus pada 31 Ogos.

Firma penyelidikan itu berkata bekalan gas dijangka bertambah baik selepas Petronas menyiapkan pembinaan Unit Pelantar Luar Pantai Mudah Alihnya di Bekok C awal Oktober dan kekurangan akan reda apabila terminal penggasan semula memulakan operasi pada Julai 2012.

“Walaupun kekurangan meruncing akan reda, namun kekurangan keseluruhan tidak akan terhapus. Tenaga menjangka menerima peruntukan gas asli sebanyak 950-1,050 juta kaki isi padu standard metrik sehari ― jumlah yang masih di bawah paras keperluannya bagi operasi penuh,” katanya.

Ia berkata penarafan dan prospek stabil diberikan kepada TNB dengan mengandaikan kekurangan akan beransur-ansur reda dalam jangka terdekat dan kerajaan berkemungkinan mengadakan mekanisme perkongsian kos sewajarnya dalam enam hingga lapan bulan akan datang bagi menampung kos tambahan yang ditanggung oleh TNB.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.