Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN YANG MENYAKITKAN BN/UMNO

Selangor perkenal gaji minimum RM1,500

November 09, 2011
SHAH ALAM, 9 Nov — Kerajaan negeri

Selangor memperkenalkan gaji minimum RM1,500 dengan menyediakan peruntukan RM10 juta untuk membiayai kos syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang tidak mampu menampung dasar baru itu.

Kerajaan negeri juga mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar), kadar gaji minimum sebanyak RM1,500 itu akan dimulakan di syarikat yang mempunyai prestasi kewangan stabil termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide.

"Bagi syarikat milik kerajaan negeri, pengumuman telah dibuat sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bahawa gaji minimum akan diperkenalkan pada kadar RM1,500 gaji kasar.

"Ini akan dimulakan oleh syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti PKNS, PKPS, PNSB dan Worldwide," katanya pada pembentangan membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 hari ini.

Bagaimanapun kata Khalid, bagi syarikat yang tidak mampu peruntukan RM10 juta akan disediakan untuk menampung kos dasar itu.

"Bagi syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana sebanyak RM10 juta akan disediakan untuk menampung syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya menampung kos untuk dasar ini," katanya.

Belanjawan memperuntukkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.6 bilion. Kata Khalid, pentadbirannya akan berusaha untuk meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat dimiliki supaya ia dapat melaksanakan kadar gaji minimum.

"Pemberian gaji minimum ini akan disokong oleh produktiviti pekerja yang akan diselaras agar bersesuaian dengannya. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemuliaan insan dan tidak diberikan secara unilateral.

"Hasrat sebenar bukanlah untuk menabur wang tetapi untuk memberi tambahan pengetahuan dan kemahiran kepada pekerja yang berpendapatan rendah," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.