Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESANNYA UMNO MENJADI HURUHARA

Thursday, November 10, 2011

MALAYSIA Luluskan Permit IMPORT Dan EKSPORT Israel Sejak 1996 : Mukhriz Mahathir

"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang saya menyatakan tadi Jemaah Menteri pada tahun 1996 telah pun membuat keputusan untuk membenarkan ataupun meluluskan permit import dan eksport sekiranya ia dipohon oleh syarikat syarikat yang menggunakan alat-alat dan komponen daripada Israel dan ke Israel. Jadi mungkin itu antara sebabnya pihak kastam membenarkan walaupun Akta Kastam jelas menyatakan bahawa ia tidak dibenarkan. Akan tetapi dengan keputusan Jemaah Menteri itu dan dengan wujudnya AP ataupun permit tersebut, maka kastam secara automatiknya akan meluluskan." Mukhriz Mahathir, 9 November 2011.

Kenyataan daripada Mukhriz ini adalah menjawab persoalan daripada YB Er Teck Hwa daripada Bakri berkaitan kewujudan hubungan dagang di antara
Malaysia-Israel.

Sebelum saya mengulas jawapan Mukhriz, dibawah adalah petikan PENTING jawapan Mukhriz tentang kewujudan hubungan dagang dengan Israel.


1. Malaysia tidak mempunyai mempunyai satu hubungan rasmi, khususnya dalam soal perdagangan dengan
negara Israel kerana kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

2. TETAPI sejak tahun 1996, Jemaah Menteri setelah mendapat permohonan daripada beberapa syarikat MNC ataupun syarikat perkilangan yang besar, asing khususnya, supaya dibenarkan diimport bahan-bahan dan komponen untuk dimasukkan dalam produk-produk mereka untuk dieksport semula. Antaranya permohonan untuk mengeksport bahan dan komponen daripada syarikat-syarikat ataupun kilang-kilang ini kepada Asia Barat, termasuklah ISRAEL.


3. OLEH ITU Jemaah Menteri pada tahun 1996 telah pun membuat keputusan untuk membenarkan ataupun meluluskan permit import dan eksport sekiranya ia dipohon oleh syarikat syarikat yang menggunakan alat-alat dan komponen daripada Israel dan ke Israel.


KESIMPULANNYA Mukhriz meletakkan 'kesalahan' wujudnya hubungan dagang ini kepada syarikat MNC kerana merekalah yang menjalinkan hubungan dagang dengan Israel. Bukannya MALAYSIA.


OK. Jelas semua. Faham betul-betul. Kerajaan BN tidak salah. Yang salah ialah SYARIKAT MNC / perkilangan besar.


Sekali imbas jawapan Mukhriz itu memang nampak seperti Malaysia tidak bersalah dalam menjalin hubungan dagang dengan Israel laknatullah ini. Namun izinkan saya mengulas secara mendalam jawapan yang diberikan Mukhriz ini.


PERTAMA, lihat jawapan Mukhriz yang meyatakan pada tahun 1996 Jemaah Menteri telah pun membuat keputusan untuk membenarkan ataupun meluluskan permit import dan eksport sekiranya ia dipohon oleh syarikat syarikat yang menggunakan alat-alat dan komponen daripada Israel dan ke Israel. Ia adalah susulan daripada Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang dibuat pada 1994. (
rujuk sini.)

Kewujudan hubungan dagang Malaysia-Israel ini wujud di antara tahun 1994-1996. Namun jangan kita lupa jawapan Mukhriz, ini bukan di antara Malaysia dan Israel. Bukan. Ini antara syarikat MNC dan Israel.


Namun pindaan yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia ini disambut 'baik dan mesra' oleh kerajaan Israel ketika itu. Ia boleh dilihat melalui kenyataan Micha Haris di dalam satu majalah promosi perdagangan Israel - Asia. Micha Hari adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Israel di antara tahun 1992-1996.


"The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent."

'Pengisytiharan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa negara mereka bercadang untuk meneruskan hubungan ekonomi dengan Israel merupakan satu lagi peristiwa penting dalam pembangunan perdagangan dengan benua ini.' - Micha Harish

Ok berhenti sekejap dan fahamkan betul-betul kenyataan ini. Micha Haris dengan jelas menyahut tindakan kerajaan Malaysia yang 
meneruskan hubungan ekonomi dengan Israel merupakan satu lagi peristiwa penting dalam pembangunan perdagangan dengan benua ini.' Ya. Ia satu peristiwa penting bagi Israel. Masakan tidak, sejak 1996, atau 1994 kini pada tahun 2010, berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh DG Trade bertarikh 8 Jun 2011 :

Malaysia berada di kedudukan 24 dalam senarai 50 negara bagi urusan import dengan Israel.
Malaysia berada pada kedudukan sebelas dalam senarai 50 negara bagi urusan eksport dengan Israel. d
Malaysia berada pada kedudukan ke 15 dalam senarai 50 negara bagi keseluruhan urusan perdagangan dengan negara Israel.


Yang menjadi persoalannya, berapakah nilai keseluruhan perdagangan antara Malaysia dengan negara Israel?.


Oh minta maaf tuan-tuan. Sebenarnya nombor-nombor di atas bukanlah menunjukkan hubungan dagang antara Malaysia-Israel. Maaf. Ia adalah nombor-nombor yang menunjukkan hubungan dagang yang dilakukan oleh syarikat MNC inilah. Malaysia tidak terlibat sama sekali tuan-tuan.


Ini semua adalah kenyataan Israel untuk menjatuhkan dan memalukan Malaysia tuan-tuan. Ini adalah propaganda-propaganda yang dibuat oleh Israel untuk memburuk-burukkan kerajaan Islam Malaysia.


Bak
kata Mukhriz lagi,  "Saya rasakan bahawa kenyataan oleh pihak tertentu di Israel itu mungkin bersifat nakal untuk menunjukkan bahawa wujud perdagangan di antara Malaysia dan Israel. Ianya sebenarnya mungkin satu angka yang sebenarnya kita tidak dapat hendak kenal pasti adakah ianya tepat ataupun tidak."

Malaysia tidak mempunyai hubungan dagang secara rasmi dengan Israel. TIDAK.



Eh..eh..tetapi jika dilihat pada sistem penetapan kadar caj berat barangan IATA, ia secara jelas mencatatkan kadar caj sedia ada bagi barangan yang dihantar dari
Kuala Lumpur ke Tel Aviv, Israel.

Sistem penetapan kadar caj IATA ini digunakan di semua pintu masuk utama negara Malaysia. Sepatutnya IATA tidak akan menyenaraikan kadar caj bagi negara-negara yang tidak mempunyai hubungan dagang. Kalau kita sememangnya tidak mempunyai hubungan dagangan secara rasmi dengan negara Israel, mengapakah terdapat begitu banyak dokumen dalam sistem pengkomputeran yang menunjukkan perkara ini. Bukankah ini menunjukkan begitu banyak barang dari Malaysia yang didagangkan ke Israel?....


Oh maafkan saya tuan-tuan. Sukar untuk saya fahami, hakikat hubungan dagang ini. Adakah jika syarikat MNC yang berdagang dengan Israel ini tidak sama dengan hubungan dagang Malaysia dengan Israel?.


Sekejap kata tiada hubungan dagang. Sekejap kata ada hubungan dagang TETAPI bukan secara langsung. Bukan dengan Malaysia, tapi syarikat MNC.


Isu ini sama pening macam isu cincin RM24 juta. Sekejap kata cincin itu tidak wujud. Kemudian kata cincin itu wujud TETAPI sekadar singgah di Malaysia dan sudah keluar. Bukan milik Rosmah, tapi milik syarikat Jacob!.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.