Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA INI TELAH JADI AJEN UMNO DAH LAMA !


32 pensyarah IAB dikesan jadi alat Umno BN
Posted on Wednesday, November 16 @ 16:04:10 PST by paktam
 
KUALA LUMPUR,: Seramai 32 orang pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB) yang bertugas di Kelantan dikesan menjalankan kegiatan menyalahi peraturan dengan berkempen bagi pihak Umno BN.

Dalam siri-siri kempen yang diatur, mereka sering memburukkan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat  bagi mempengaruhi orang ramai supaya membenci kedua-dua parti itu.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husain berkata, pensyarah-pensyarah terbabit ternyata menjadi alat Umno BN, manakala penempatan mereka di negeri itu memimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Menurutnya, sehingga kini Institut Aminuddin Baki masih belum dibina di Kelantan dan keadaan itu pasti merumitkan pensyarah-pensyarah terbabit melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

Katanya, disebabkan keadaan itu, pensyarah-pensyarah tersebut sehingga kini terpaksa di tempatkan mengajar di beberapa buah sekolah di negeri itu.

"Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pelajaran, billakah Institut Aminuiddin Baki akan dibina di Kelantan?" katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Sekiranya institut tersebut akan dibina di Kelantan, beliau ingin tahu, bilakah pembinaannya akan siap sepenuhnya untuk membolehkannya digunakan dengan baik.

Langkah mendirikan institut tersebut di Kelantan, tegas beliau, tidak seharusnya dilengah-lengahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi membolehkan pensyarah-pensyarah terbabit melaksanakan tugasnya di institut itu sendiri.

Sebelum itu, beliau menyuarakan kekesalannya kerana pihak kementerian itu masih lagi belum memberikan sebarang perkapita kepada  sekolah-sekolah agama di negeri itu.

Katanya, sekolah-sekolah agama yang masih diabaikan bantuan perkapita itu termasuk sekolah-sekolah Arab yang terdapat di Kelantan.

"Saya harap perkara ini diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian bagi kepentingan sekolah-sekolah agama," katanya.

Beliau turut menyarankan pihak kementerian mengambil langkah menyelaraskan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan Sijil Tinggi Persekolan Malaysia (STPM).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.