Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK JUGA PROGRAM MAKSIAT

Penganjur serah kepada KPN tentukan nasib Seksualiti Merdeka


Pang Khee Teik. ― Foto oleh Jack Ooi
 
PETALING JAYA, 7 Nov Penganjur Seksualiti Merdeka hari ini secara formal telah meminta satu pertemuan dengan Tan Sri Ismail Omar dan menyerahkan kepada Ketua Polis Negara dalam memutuskan sama ada akan membatalkan pengharaman dikenakan ke atas program itu Khamis lalu. 
 
Pang Khee Teik, pengasas kempen itu memberitahu pemberita, beliau telah diminta bertemu dengan Ismail sama ada esok ataupun lusa untuk menjelaskan objektif program tersebut.

“Bagi pihak penganjur, saya mahu mengatakan bahawa kami telah memanjangkan permintaan kepada Ketua Polis Negara dan berterima kasih kerana beliau telah bersetuju untuk bertemu dengan kami.

“Kami akan menjelaskan objektif kami dan menyerahkan keputusan (sama ada membolehkan program ini) akan diteruskan kepada beliau,” kata Pang pada sidang media di pejabat Tenaganita di sini.

Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi Seksualiti Merdeka 2011 di pejabat Tenaganita, di sini petang ini.

Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam. Pengharaman berkuat kuasa Khamis lalu.

Katanya, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

Petang tadi, empat anggota polis dari ibu pejabat polis daerah Brickfields mengambil keterangan Pang kira-kira 4 petang.

Turut diambil keterangan ialah bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita Maria Chin Abdullah dan Pengarah Tenaganita Irene Fernandez.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.