Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NFC: Beku perbelanjaan dan panggil audit bebas, kata pemimpin Pakatan

November 21, 2011
KUALA LUMPUR, 21 Nov Kerajaan perlu membekukakan kesemua perbelanjaan dan aset selain mengadakan audit forensik oleh pihak ketiga ekoran siri pendedahan kelemahan dan dakwaan salah guna dana Projek Fidlot Kebangsaan (NFC), kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.
Pagi tadi tiga pemimpin PKR, komponen Pakatan Rakyat, mendedahkan kelemahan terbaru berkaitan pengunaan dana projek tersebut.

Masalah menyelubungi projek itu kali pertama didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 akhir bulan lalu.

Selain tindakan membekukan perbelanjaan, kerajaan perlu menjelaskan sama ada pengurusan projek itu, yang diluluskan kira-kira lima tahun lalu, diperuntukkan dana dalam bentuk bentuk geran ataupun pinjaman mudah.

Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan perlu menjelaskan kepada umum terma dan syarat bagi pinjaman mudah bagi menentukan elemen ketidakpatuhan pengagihan yang membawa kepada pembelian hartanah dalam bentuk dua unit kondominium di Bangsar.

"Najib harus ambil tanggungjawab dan tidak boleh mengetepikan tanggungjawab," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Rabu ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dijadual memulakan inkuiri dalaman berkaitan isu NFC.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.