Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TRENGGANU MULA DILANDA BANJIR

  
KUALA TERENGGANU - Terengganu mula dilanda banjir berikutan hujan lebat di negeri itu sejak Ahad hingga pagi Isnin.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri Terengganu berkata sehingga pukul 11 pagi Isnin dua daerah iaitu Setiu dan Hulu Terengganu mula dinaiki air.

[Gambar - banir tahun lalu di Kuala Terengganu]

Beliau berkata di Setiu seramai 22 orang dari tujuh keluarga di Kampung Merbau Menyusut dipindah ke pusat pemindahan pada pukul 8 pagi ini manakala kampung yang telibat di Hulu Terengganu ialah Kampung Kolam Ajil dan Kampung Telaga.

Jumlah mereka yang dipindahkan di Hulu Terengganu belum ketahui, katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula berkata paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap kini melebihi paras bahaya iaitu 22.14 meter (bahaya 21.5 meter) dan Sungai Telemong di Kampung Paya Rapat meningkat kepada paras amaran iaitu 21.2 meter (amaran 21 meter).

Keadaan cuaca di Terengganu kini gelap dengan hujan lebat di seluruh negeri.- BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.